aminkan doa saya ^^

2012: FINISHED MY MASTER BY MAY 2012

Friday 20 December 2013

harapan.. semakin layu? :'(

huuuuiiiii.. cuaknya nak membayangkan keadaan hidup 2014 nanti.. hu3... memang tak boleh nak dibayangkan macamana.. kerja tak dapat lagi, kete nak kena bayar, yuran pengajian lagi, kos sara hidup lagi.. kalau nak stay kat kg pun bukan penyelesaian. tapi kalau nak dok KL ni sambil cari keje pun melibatkan kos tuuu.hu3.. Allah... memang tak tahu apa percaturan tuhan untuk aku.

semalam tawakkal n REDAH je pegi walk-in interview.. tak taulah segala penat lelah, DUIT n kelaparan aku tu berbaloi ke x.. setakat ni belum ada apa-apa feedback.. sob3.. namun aku serahkan segalanya pada Dia.. sebab hanya Dia yang tau apa yang terbaik untuk aku.. hu3..

risau nak membayangkan kehidupan... tapi aku tau, penyelesaian utama kepada semua masalah aku ni hanya 1.. SIAPKAN THESIS :'( SOB3.. memerlukan semangat dan keazaman dan konsentrasi yang jitu tu..huhuhu... bak masa borak2 dgn member smalam, dah pertaruhkan seluruh hidup untuk benda tu, dari ada keje sampai kena buang keje, dari berat sekian2 Kg dah naik sekian2 Kg :P , harap2 aku tak tewas ditengah jalan untuk 'perjudian' aku sepanjang perjalanan ni.. terlalu banyak dah dugaan rasanya.. hampir dah tak tertanggung. hu3

Tuesday 12 November 2013

bulatan kecil..bulatan besar...

i don't feel to meet people..
i don't want the time passed by..
i don't want to hear any critics..
i don't want to listen to soothing words..
i don't want to do anything!

all i want is
to meet doraemon (R.I.P) :P
to send me a stop watch
to stop everything and everyone around me
so that i'll have enough time
to clear all the mess i've created

a 'pintu suka hati' will do also
i want to meet me from 4 years back
to tell about all the sequences and obstacles
i'm going to tell myself to be extra careful
or just saying
"STOP!!! u gotta ruin yourself! "

or is it better for me
to use the door
and have a poke of my life
5 years later?

as if life's that easy.. sigh....


Monday 21 October 2013

aku tahu aku tak punya apa

Beginilah nasib si bilis..asyik ditelan sang jerung, nak menelan sudah tentu tak mampu. Sayu sangat-sangat tadi bila dapat tahu dikutuk kaw2 punya oleh orang yang paling dipercayai. Tempat yang selama ini bergantung harap, tempat mengadu nasib dengan sepenuh kejujuran, rupanya sedap mengutuk dan mengeji dibelakang.

Ya.. aku tahu aku memang bersalah.tapi pernahkah cuba memahami apa yang tersirat disebalik setiap senyuman? Walau apa yang kau nampak dan dengar hanyalah gelak tawa aku, tapi pernahkah kau cuba memahami duka yang terselit dalam setiapnya?

Aku faham dan aku mengaku, sekarang aku memang tak punya apa-apa. Hanya mengharapkan ihsan orang untuk sesuap nasi. Tapi itu tak bermaksud kau boleh sesuka hati menuduh dan  menghebohkan pada satu dunia tentang semua benda yang kau ‘rasa’aku akan lakukan, apa yang aku dan kawan-kawan aku sedang hadapi dan setiap langkah aku perlu dilaporkan pada kau?

Kau memang hebat. Itu memang diakui. Tapi kau tak boleh memaksa aku untuk mengikut setiap jejak langkah kau! Kita manusia tak punya keupayaan yang sama, walau kita berteduh di bawah langit yang sama. Kau perlu sentiasa ingat itu! Bila kau dah terbang tinggi di langit, aku harap kau tak lupakan rumput yang menghijau di bumi. Kerana suatu hari bila kau penat gah di awan biru, kau pasti cari tanah yang hijau itu untuk kau melata. Aku takkan doakan kesengsaraan kau, kerana aku masih sedar.. kau telah banyak menolong aku. Tapi itu tak bermakna, maruah aku di bawah tapak kaki kau!


Terima kasih kawan. Dalam kesengsaraan aku ini, satu demi satu telah membuka topeng di wajah kalian. Terima kasih.

oohh... aku tak mengharapkan sebuah pujian, jauh sekali secebis ehsan. yang aku dambakan hanyalah sekelumit keikhlasan, dalam sebuah persahabatan!

Friday 27 September 2013

notis penamatan kontrak

Salam jumaat J

Macam tajuk kat atas, semalam dapat surat pemberitahuan penamatan kontrak. Sob3.. tapi nak buat macamana..life goes on ..huhuhuu

Balasan ke ujian? Hanya Dia yang tahu…

Berserah sesungguhnya hanya pada Dia.

kali ni dah kantoi ngan mama..sebab surat sampai kat umah..huhuuu.. walaupun dalam hati macam nak nanges, tapi terpaksa la tampal poker face sambil ckap kat mama,
"xpe ma.. orang lain ada yang lagi kesian..kena bayar RM74 K ++ dalam tempoh 30 hari "
"rilex ma.. .bukan orang sorang je.. yang lain2 pun sama je"
"rezeki ada kat mana2 ma.. lepas2 ni start cari keje balik je la.. nk buat macamana lagi"
dengan muka penuh senyuman bahagia di muka :')


Harap kali ni tak hilang focus lagi, macam yang sebelum2 ni..aminn

Sunday 22 September 2013

reality hits

assalamualaikum.. hello..hai ?

dah tak tau nak mula dari mana dah :P so much things happened all the way up to today :P hahhaa or huhuhu? ntah.. i'm just being confused ( is that is my 2nd name? :P hahahha -___-" )

currently back in negeri penyu ni.. demi mencari sesuap nasi .. sob3.. part time je.. nasib belum pasti..tapi alhamdulillah..moga2 cukup untuk bekalan sehingga hujung tahun. lepas tu yang lain, kita pikir kemudian.. (bolehh ? :P ) hahhaa..

banyak sangat perkara-perkara mengejut dan terkejut yang jadi. orang yang disangka-sangka boleh membantu, dia lah yang membunuh. tak kurang jugak orang yang disangka membunuh, rupa-rupanya dia yang menghulurkan payung sewaktu hujan.. sob3.. memanglah aku ni masih tak pandai menilai orang..hu3..

oh.. pagi ni dapat berita terkuzat jugak.. bad news la apa lagi..tapi nak train otak ni fokus benda yang penting dulu. apa nak jadi lepas ni, jadilah.. tawakkal je lah. dah memang aku yang create masalah ni kan.. hadap je lah. tak yah nak tuding-tuding jari sangat. tak leh nak ubah pape dah. yang boleh ubah skarang is masa depan. which is created today. nyah kau semua benda-benda lepas yang bikin semak otak je tu! hadapi dengan senyuman! dan kesabaran! gambatte neee!!!

was talking to a very positive friend last week. dia sangat positif dengan kehidupan dia..walaupun diduga bertahun-tahun. satu je ayat dia yang buat aku terfikir, "saya dah redha dengan apa yang tuhan bagi dan tak bagi. tak sangka, lepas saya redha, tuhan terus bagi apa yang paling saya nak dalam dunia ni" :) *senyum*

mungkin aku yang perlu belajar untuk lebih redha dan sabar :)

Monday 26 August 2013

kehebatan

aku tak tau la.. kehebatan aku, selain dari
-makan
-tido
-tengok tv
-jadi stalker orang
-cari gaduh dengan orang

jenuh tau pikir sebab tak tau nak tulis apa dalam resume.. sebab aura negatif sangat kuat keliling aku sekarang..

baru bukak words, tetiba terngiang-ngiang
"KEJE AWAK MACMA FYP"
tekan tanda [X] dekat belah kanan atas sekali

dah sebulan lebih macam ni
aku tau, orang kata ini semua alasan.. tapi dah kupujuk-pujuk hati ini..tapi lukanya amat dalam (eceehhh :P ) .. huhuhuu..

Saturday 20 July 2013

yeaayyyy!!!!!!!!!????

Dalam setiap perjalanan manusia itu ada turun dan naiknya yang tersendiri.. dan aku, sebagai manusia biasa pernah berada pada tahap yang di atas itu dan sekarang sedang berada di titik yang paling bawah itu.. titik di mana hampir kebanyakan manusia  disekeliling sedang mengutuk dan mengata aku (sama ada secara terang atau dengan pandangan sinis terhadap aku), yang setiap perbuatan aku pada masa dulu dan sekarang dihakimi tanpa pernah bertanya dan cuba memahami kenapa dan mengapa, dimana ada sesetengah kawan  yang telah menunjukkan belang dengan nyata untuk betray kepada aku..tapi aku diamkan sahaja dulu (walaupun aku dah sedar benda ni lama dah, cuma sengaja buat-buat tak nampak dan akhirnya aku yang tertikam secara sedar)..

Keputusan perbicaraan? Secara hitam-putihnya masih belum ada keputusan yang rigid..sedang menunggu panggilan hukuman gantung lebih senang untuk difahami mungkin..

Projek yang aku usahakan dengan air mata dan modal sendiri yang bukan sedikit aku kira (hampir RM10K modal yang aku gunakan dalam usaha bermati-matian aku cuba untuk menghabiskan pengajian ini), dikutuk dan dipijak oleh orang-orang besar yang ‘menjalankan tugas’ mereka..

“projek awak ni macam taraf FYP je saya tengok!”

Apa perasaan kau kalau kau di tempat aku? Dengan kewangan yang makin terdesak (saving aku habis untuk siapkan research aku), gaji yang dijanjikan TIDAK akan dibayar, masih tiada pekerjaan untuk menghadapi kehidupan untuk sekurang-kurangnya 3 bulan kehadapan, hanya mengharapkan ihsan ayah aku yang dah pencen untuk sesuap nasi.. bila kau dengar ayat kat atas tu, tak kau rasa hancur luluh perasaan, tak berbaloi semua pengorbanan yang kau lakukan selama ni???

Sedih? Siapa yang tidak bersedih bila dicampakkan ujian sebesar ini? Alhamdulillah..sekurang-kurangnya aku masih ada kasih sayang tuhan dan keluarga.. pada saat aku sedang dipijak begini, masih ada sekelumit sahabat yang memanggil aku untuk mengingati tuhan..

“sabar laili..ingat..tuhan tak akan uji kalau kita tak mampu..ada sesuatu yang disediakan dihadapan yang pada suatu hari kau akan bersyukur kerana dicampak batu sebesar ini dari tuhan.”

“tak pe laili..teruskan perjalanan ni..sekurang-kurangnya kita sama-sama beusaha untuk habiskan pengajian kita  ni…lepas ni, carilah kerja lain..bukan ‘diorang’ yang pegang rezeki kita..tuhan yang susun rezeki kita..ingat tu yang paling penting”


Dan sebenarnya, aku rasakan tuhan yang sedang berkata-kata dengan aku :’) 

Wednesday 17 July 2013

dugaan, ujian.... atau harapan?

selepas berminggu-minggu penantian untuk berjumpa dekan, finally ramadhan ke 8 ni, dapatla jugak bertentang mata berjumpa dengan dia yang hanya tau nama dan dengar desas desus cerita orang je yang dia tu 'jenis' macamana....

alhamdulillah...masa kami masuk tadi, mood dia ok je..siap senyum2 lagi.. tapi keputusan apabila keluar dari bilik tu tak mampu nak buat aku senyum.. nak nanges (memang dah nanges pon :P ) .. mungkin patut rasa kecewa, tapi sebenarnya aku lega..sekurang-kurangnya aku dah boleh teruskan langkah aku untuk 10-20 tahun akan datang..dah kena mula  berusaha untuk kehidupan sehingga ke hujung itu..sebab .. hidup aku, bukan untuk cukup makan 2-3 bulan ke hadapan je... huhuhu

so, pilihan yang aku ada sekarang ;

  1. siapkan thesis, submit dan sambung PhD                                                                                           - risiko : TIDAK DIBAYAR GAJI HINGGA MEMULAKAN PENGAJIAN PhD
  2. siapkan thesis, submit dan blah dari tempat keje sekarang                                                                     - risiko : sekurang-kurangnya 3 bulan tanpa gaji dan berusaha cari kerja kat tempat lain dan mulakan                 hidup baru 
kau rasa? dengan aku yang hanya ada semangat cukup-cukup makan untuk menghabiskan master ni akan proceed ke dengan sakit kepala nak sambung PhD? aku rasa, perjalanan pengajian aku cukup lah sampai master je... aku tak larat dah nak mengulangi hidup yang sama macam sekarang.. 

cuma aku kecewa sebab tak de keje lagi masa tau keputusan ni..hahahhaa (boleh? :P) mungkin kawan-kawan kat sini salah faham..diorang ingat aku akan give up master aku..tapi insya allah..sampai saat ni, aku masih tekad untuk habiskan perjalanan aku yang satu ni.. Tuhan, berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini... 

tapi macamana pun, esok ada 1 lagi hari perhitungan yang sangat penting..perjumpaan dengan tnc... (dah la pukul 2.30, aku baru ingat nak cabut awal balik kg esok :P hahhaha).. harap-harap air mata aku tak tumpah depan tnc..cukup la meraung depan kawan-kawan je.. huhuhu

Sunday 7 July 2013

tak habis2 dgn masalah :P

i live no princess' life.. neither have a fairy tale stories nor sweet dreams that'll make me feel like not waking up.. i live a real life.. where obstacles is a must and happiness is a reward.. life is about struggling and a little second of paying off time..next?? the struggles are smiling just right there.. respecting you to feel the split second of happiness... and waiting patiently to meet you next :'(

dugaan masih mendatang... dan tak tahu bila akan berpenghujung.. tapi aku masih cuba untuk mempertahankan senyuman aku bila berdepan dengan ayahanda dan bonda..

hidup memang masih indah..kerana kita yang perlu mencipta bahagia.. walaupun jauh di sudut hati aku masih berduka... walaupun mungkin ada yang berkata, "u smile, u laugh, like u don't have any probs".. i'll answer (deep in my heart) , " becoz u won't understand my tears, so let's just laugh together.. i'll share the bitterness with whoever will understand"

yang aku tahu dan aku harap..buat masa ini dan masa-masa akan datang, aku cukup kuat untuk habiskan perjalanan yang berliku ini..walau apa pun natijahnya di masa hadapan..aku hanya mahu teruskan perjalanan..kerana (dengan harapan) aku masih mengharapkan keajaiban di hujung perjalanan ini.. sebagaimana watak-watak jahat tiba-tiba timbul dalam lintasan perjalanan aku yang masih panjang ini, tangan-tangan kecil yang dengan tidak disangka-sangka menghulurkan bantuan di saat aku buntu.. ya..aku masih percayakan keajaiban itu..aku masih bersangka baik dengan tuhan...

Tuesday 2 July 2013

mampukah sang penyu mengguris untuk kesekelian kalinya?

perrgghhh!!!!!! tajuk kalau tak drama queen sangat boleh tak? hahhaa..

is currently in negeri penyu untuk urusan lapor diri..tapi status still hanging sebab dekan takde kat fakulti sampai 14hb ni (koottt...) huhuuuhuu... setakat hari ini (hingga saat ini) kena lapor diri, tapi kalau dekan balik dan bertegas aku tak diperlukan kat sini, kenalah aku tapau (barang-barang yang tak seberapa tu :P ) ..

kalau ikutkan stress sape la yang tak stress dengan kena merempat lama-lama rumah orang.. kalau kejap-kejap tu takpe la lagi.. tapi sampai saat ini aku masih mampu hidup dengan aura positif ni..

ok la..line tak bape clear..nanti ada can aku celoteh lagi :P hahhaa


Thursday 4 April 2013

phewwww...

kalau perjalanan dari ofis ke rumah amik masa setengah jam
dan alarm kau rosak
bangun pukul 7.20 pagi adalah sangat adventure ok??!!
nasib baik perut x meragam hari ni :P

sedapkan hati dengan
"bos xde ari ni..xpe2..rilex2 je sudehhh"

masuk parking at 8.20 am
"adeehhh... apsal ad plak ari ni?" -____-"

doa lg..
"hrp2 dia xperasan aku msk lambat ari ni " :P
aminnn..

Friday 29 March 2013

kenyataan hidup


Jobless..hopeless.. speechless….

Bagi aku sikit masa untuk bertenang..
Dan terima kenyataan..

Hidup ni bukan macam main permainan video..
ada banyak nyawa..
Kalau dah ‘game over’ boleh restart semua benda
Belajar dari kesilapan
Dan tentu kau akan menang permainan tu satu hari nanti

Tapi realiti…
Nyawa kau hanya satu
Tiada reset atau restart button
Kau boleh belajar dari kesilapan
Tapi kau takkan pernah tahu, adakah kau akan berjaya membetulkan semua cacamarba kehidupan kau yang tunggang langgang

Hanya mampu berserah pada tuhan
Dan yakin semua ini ada hikmahnya
Serta berdoa aku  mempunyai kekuatan yang cukup untuk menghadapi semua ini

Kalau mengalah tak mampu mengubah apa-apa
Tak salah rasanya untuk teruskan perjuangan
Walaupun kau tak pernah nampak sinar kemenangan
Tapi sekurang-kurangnya kau dah berusaha
Kan?

Tuesday 19 March 2013

mari belajar v.1 :P

sebab tadi rasa bodoh gila nak buat histogram pakai excel, pastu tetiba tingggg!!! mudahnya :P hehehe..
meh sini nak share (walaupon orang lain da lama tau :P hahahhaa)

meh sini nak share macamana nak buat histogram dengan standard deviation/standard error kalau kat dalam excel...

kalau dalam keadaan biasa, kita tak kan nampak ikon

sebelum anda melakukan seperti perkara yang akan diberitahu kemudian :P hehehe

cuba bukak excel anda jika tidak mempercayai saya! :P hahahahaa...

tapi..
selepas anda mengikut langkah-langkah ini :), sonang baii tuuuu... main klik2 sajoooooo... :)

ok..saya tau semua ni senang jee...tapi sebab saya nyanyuk sebab tu upload kat sini, senang nak refer balik kalau saya lupa lagi :P

errrrr.. tapi masalahnyaaa...
lepas dapat graf ni, saya tak tau dah amenda nak conclude..ada sapa2 boleh bantu? *insert muka-comel-here :P hahhahaa*


Monday 18 March 2013

tinggg!!!

kahwin apabila kau jumpa dengan seseorang yang
bila kau pandang dia
teruss
TINGGGG!!!!!!!!!!!!!
i want to take care of him/her
the only halal way to do it is by marrying!
:)

and it needs two to tango!
kalau salah sorang je yang rasa
itu perasan namanya! :P
hahhaaa
(laughing at myself -__-" :P )



p/s : baru aku sedar rupanya selama ni aku tak pernah jumpa lagi orang yang buat aku rasa macam tu :P

pheewwww

banyak sangat ilmu gelap
sampai aku pon da kompius
huhuhu

Wednesday 13 March 2013

alhamdulillah :)

mendengar celoteh mama yang tak berhenti-henti telah membocorkan paip air mataku..
mendengar riuh mama yang sudah lama kami tunggu menggamit syahdu yang cuba ditahan...
mama sudah mampu makan seperti normal
sebelum ini hanya mampu menelan oat..
berminggu-minggu...

mendengar betapa gembiranya suara mama kerana sudah mampu merenung pepohon di halaman rumah kami..
dia sendiri yang meminta untuk bangun dan melihat segala pemandangan
yang sudah berbulan tak sempat dihayati


terima kasih tuhan....
aku tahu Engkau mendengar segala rintihan kami :')

Tuesday 12 March 2013

kasut

tadi baca blog orang... dia dok cerita beli kasut kat anak..tgk gambar..alllaaaa...koyak ckit je pooonn.. pastu gelak sensorang teringat pengalaman lama...

***********************************************************
aku ni dalam keluarga sederhana..tak de la orang senang..tapi tak la sampai susah tak cukup makan..berlebih makan lagi dok ada :P hahahaa...

latar masa : hujung 90-an nak masuk zaman millenium
rumah       : quarters kerajaan tempat jin bertendang
adik beradik : baru 4 orang masa tu...tak tau pulak nak ada 5 beradik

dari sekolah rendah, aku selalu sematkan dalam hati aku..aku bukan anak orang senang..aku kena belajar rajin-rajin..adik beradik ramai (ramai la sangat kalau setakat 4 orang tu :P )


masuk sekolah menengah, ,sekolah yang ada anak orang-orang kaya..anak sultan pon sekolah kat sini! :)
tapi aku masih dengan fikiran aku yang lama..nasib baik aku tak terpengaruh nak berlagak macam orang kaya...

baju sekolah, selagi tak senteng, selagi tak 'naik pangkat' memang baju tu lah yang aku pakai.. boleh bilang kottt bape pasang je baju sekolah aku time tu.. jangan cerita la bape banyak 'taik lalat' kat lengan baju aku..tak pe..apa guna penat-penat orang cipta clorox kennnn? :P hahhaa...beg sekolah, sepanjang 5 tahun tu, ada la 2 bijik kooott.... yang sebijik dari form 1 sampai form 3 pon recycle yang darjah  6 punya!! punya la low maintainance :P hehehe..

ni nak masuk topik ni..(punyaaa la panjang intro :P hahaha).. kasut aku memang awal tahun je beli..kalau rosak 2-3 bulan lagi nak cuti tu, memang aku belasahh je...lantak la nak koyak sampai nampak 5 jari pon... asal masuk kelas, boleh belajar...sudeehhh...asal result elok..itu dah cukup bagus! :)

sampai la satu hari...

aku pegi hantar buku kat bilik guru..lepas tu, ada sorang ustazah ni (tak ingat dah sape :P ) tahan aku..tanya .. "tu kasut sape tu?" aku pon senyum la..dengan bangganya jawab,"kasut saya!" *senyum* "jom masuk dalam..ada benda saya nak bincang dengan awak" ustazah tu reply..

nak tau ustazah tanya apa????
-awak dok mana?
-mak ayah keja apa?
-adik beradik bape orang?
-adik-adik sekolah kat mana

mula-mula aku yang pelik ...
tapi lepas interview, ustazah pulak yang pelik...
-bukan anak orang susah sangat pun
-adik beradik pon takde la ramai sangat...(bukan belas-belas orang la :P )
tapi APSAL PAKAI KASUT KOYAK?






































hahahhaaa...
aku tak tau nak jawab apa kat ustazah tu :P








































rupa-rupanya ustazah tu interview sebab nak masukkan nama aku dalam senarai penerima biasiswa (kalau layak :P ) masalahnya memang tak layak! :P hahahahaa






tapi aku tengok, yang termasuk dalam senarai biasiswa tu macam lagi tak layak dari aku... siap tempah baju baru lagi setiap kali nak g kursus..betul-betul layak ke kalau macam tu? hmmm..  tapi tu semua fikiran aku yang budak-budak dulu la... sekarang ni? tak pe...semua orang tuhan bagi rezeki dengan adil :)


Sunday 10 March 2013

tentang bulan iii

setelah drama-drama sebelum perjumpaan.. akhirnya..pukul 8.30 MALAM.. finally we met! after so long of no news.. saya yang tenang tiba2 dilanda kecuakan.. keluar MALAM dengan SUAMI ORANG tanpa PENGETAHUAN ISTERINYA... apakah yang sedang saya lakukan ini...

tapi hati jahat saya berbisik.. bukan saya yang memulakan.. dia yang mengajak.. maka saya teruskan perjalanan ini.. huhuhu

 memakai baju warna kegemaran saya..memandu kereta dengan warna impian saya...dia masih sama.. tak banyak yang berubah..yang berubah hanyalah rasa.. rupanya banyak sisinya selama ini yang tak saya sedar.. tak pernah saya tahu, kami punya warna kegemaran yang sama... citarasa yang hampir sama.. tapi semalam juga saya mula terpandang titik-titik perbezaan antara kami..

perjumpaan itu biasa-biasa sahaja.. kami lebih banyak memfokus kepada anaknya.. saya juga tidak berani untuk terlebih tanya..bimbang akan terjentik rasa.. tercalar luka.. 

usai perjumpaan... saya hanya doakan semoga dia bahagia dengan keluarganya..sampai bila-bila.. tanpa perlu ada saya lagi dalam cerita hidupnya...

mungkin apa yang perlu dalam sebuah perpisahan adalah kerelaan untuk melepaskan.. hati yang jujur untuk menerima semua takdir tuhan.. saya tahu this is easier said than done.. tapi percayalah.. rembeskanlah semua air matamu.. ambillah berapa lama masa yang kamu perlu untuk melupakan... jangan berhenti berdoa semoga Dia membuka hati kamu untuk memaafkan dan menerima.. insya Allah..walaupun saya tak tahu berapa lama masa yang akan kamu ambil, tapi percayalah... kemaafan itu sangat berharga! :')

tentang bulan ii

gimana mau dimulain ya...
hmmm...
rasanya tak perlu nak describe banyak sangat kot pasal bulan ni..sebabnya antara niat bukak blog ni dah tak nak ingat semua kenangan yang menyedihkan masa dulu..tapi entahlah..kita hanya mampu merancang, kan? tuhan juga yang menentukan...

sepertimana saya tak menyangka saya boleh bertemu kembali dengan bulan..dan anaknya.. (wife dia kursus, dat's y xjoin :P hahhaa)..

bertahun saya mengelak...bertahun melarikan diri..tidak mahu mengambil tahu perkembangan dia.. andai dia ada menegur, hanya dijawab sekadar berbasa basi..sekadar menjaga hati dia..walaupun diri sedar hati sendiri yang bakal bernanah dengan membaca ayat2 dia..

sejak air mata yang terakhir..sempena perkhabaran 'gembira' dia sampaikan.. menjemput ke walimah nya..sejak itu saya berdendam.. mungkin kedengaran kejam..tapi itu yang saya rasakan..

benarlah..dendam itu tak akan pernah melegakan... dendam itu umpama luka yang bernanah dari dalam.. awalnya mungkin tak terlihat.. tapi sakitnya hanya diri yang merasa..dan pastinya.. lama kelamaan, kelukaan itu akan terzahir juga..

tak sedikit air mata yang sudah tumpah.. tak pernah surut dendam yang tersimpan..saya tak pernah merelakan..apatah lagi melepaskan dia.. sampai pernah terfikir..andai ditakdirkan 1 hari dia putus dengan isterinya, saya sanggup menunggu.. betapa gilanya saya ketika itu..masih memaksa takdir untuk berpihak kepada saya..dan meneruskan kehidupan dengan khayalan..

sampailah entah kenapa.. pada tahun ini..pada hari lahir dia..tiba-tiba saya merasakan redha... saya sudah bejaya melepaskan dia.. saya gembira melihat dia bahagia..semoga tuhan teruskan kebahagiaan dia sampai syurga...

saya pernah berazam..selagi hati saya tidak jujur memaafkan, dan melepaskan...dia tak kan saya hubungi.. pada masa itu, saya tidak tahu berapa lama dendam ini akan berakhir..

mungkin dengan berseorangan kita lebih menjadi diri kita sendiri..tak mendengar pendapat orang lain..yang terkadang pastinya menggoyahkan pendirian kita..ya..bersendirian ini ada hikmahnya...

kerana akhirnya saya mempunyai kekuatan untuk mengucapkan selamat hari lahir pada dia..yang sudah bertahun tak saya ucapkan..sedangkan 10 tahun dulu, sayalah orang pertama yang mengucapkan kepada dia..

nak tahu apa terjadi? dia tidak membalas ucapan saya..semestinya sebagai manusia biasa, ada sedikit rasa terguris..tapi hati yang sudah merelakan tadi berbisik, " kau sudah melakukan bahagian kau..sekarang bahagian dia pula sama ada untuk menerima atau tidak..kalau kau ikhlas, kau kena redha dengan segala balasan dia".. baiklah hati..saya ikhlas..

sampailah semalam..dia tiba-tiba membalas dan mengajak saya keluar.... terkejut??? sudah semestinya...dia yang saya cuba elakkan mengajak saya keluar..dia yang pernah saya mimpi-mimpikan mengajak saya keluar..dia yang kalau dulu dengan beribu alasan jika di ajak keluar...sekarang..dengan status nya..mungkin tidak enak pada pandangan orang untuk melihat kami keluar bersama....


Saturday 9 March 2013

tentang bulan i

after sooo many years....
selepas saya membersihkan hati saya
berjaya melupakan semua kisah lalu
berjaya memujuk hati "dia sudah temui bahagia"
merelakan dan meredhakan semuanya

saya kira hari ini adalah
hadiah hari lahir terbaik untuk kami...

yes...
we met
with his son also :P hahaha

tak tau dari mana saya dapat kekuatan ini
mungkin apa yang perlu adalah
bukakan hati untuk melepaskan
dan memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencari bahagia..

yang kedua itu masih belum mampu
tapi syukurlah
diberi kekuatan untuk melepaskan..

ya sudahlah..
kalau saya ada mood
nanti saya ceritakan
pertemuan saya
dengan bulan yang pernah menjadi pujaan saya
bertahun lamanya
sampaikan semua yang datang
dibandingkan dengan dia
sedangkan dia
sudah lama bahagia

p/s: sesiapa yang mengikuti blog lama saya pasti tahu benar..betapa besar harapan saya pada bulan..mungkin blog lama ditakdirkan hilang begitu sahaja tanpa sempat saya simpan semuanya..kerana Dia mahu saya melupakan semuanya...tapi hanya hati saya y degil..my bad..

Thursday 7 March 2013

dulu...

jeles tengok orang lain bangun pagi-pagi
terus bersiap pegi keja..
sedangkan aku...
bangun lagi pagi
tapi tak tau nak buat apa...
cakap dalam hati
"bagusnya kalau macam dia...bukak mata, terus ada tujuan..aku ni?"

lalu tuhan bagi.
kena bangun lagi pagi dari dulu
bukak mata terus terkejar sini sana
sampai lupa apa rasa
bangun lebih pukul 6.30 pagi...

dulu...
hidup tak la senang mana
tapi selesa
bahagia tu dalam hati
apa pandang harta dunia
makan-pakai semua LEBIH dari cukup
(sekurang-kurangnya aku yang rasa macam lebih dari cukup)..
tempat cari makan dengan laman ayah bonda
setakat 3 jam
apadehalll
wa boleh rempit sampai goyang lutut derrr...

tapi manusia mana kenal erti syukur
gatal nak cabar diri sendiri
6 bulan terasa bahagia
nak masuk setahun dia dah mula
"bosan..hidup ini bosan...sampai bila aku nak terus hidup dalam kitaran? hidup ini perlukan cabaran.."

NAH...AMBIK!!!!
tuhan baru ambik sikit...
kau dah gelabah tak cukup tanah
meratap macam esok nak mati
baru tuhan uji SIKIT..
kau melalak macam tuhan ambik semua

mari sini aku tanya satu.
pernah kau menangis sampai kering air mata kau?
bukan sebab mintak nikmat dunia dari tuhan
tapi sebab kenang dosa kau dari mula malaikat start bukak buku log
sampai saat kau sedut udara yang percuma sekarang
semata-mata kerana itu
kau pernah?

aku tak perlukan jawapan..
tapi aku mahu kau renungkan
tidakk..
aku tak kata pada kau
tapi aku tanya diri aku sendiri

sekarang
tak malu ke kau nak meminta dengan tuhan?
sedangkan keampunan yang memang Dia janjikan kau tak pernah mintak
tapi lupa nak kira nikmat dunia yang Dia dah bagi
tak pernah mintak bayaran...

p/s: kerja dunia kena pandang orang lagi susah...kerja akhirat sila pandang orang lagi hebat! ingat diri!



ini sahaja

ALLAH maha BESAR..
ALLAH itu DEKAT
ALLAH itu PENYAYANG
ALLAH itu SENTIASA ADA.....

tak mampu berkata-kata lagi

Tuesday 5 March 2013

cuba untuk bertahan tapiii

sekarang dalam fasa kebluran tahap melampau... kalau kat uni..dah lama packing balik kampung ni..bagi keadaan reda..tgk muka mak ayah kat kampung...agak-agak kepala dah ready nak bekerja baru balik uni...


tapi sekarangggggg....

baru sampai dari kampung sabtu lepas.. kena tahan dengan polis kat tengah jalan..(maybe kena saman kottt...ntah..tak larat nak piK.. huhuhu)

selepas kes-kes misteri yang berlaku, semalam, 6 tangki anak-anak mati.... control box ada masalah... orang yang buat control box tu malas nak layan aku..student status dropped.. stok spesimen tak cukup.... masa yang makin pendek..gaji da nak masuk 3 bulan tak dapat..dok sensorang....

kalau kau jadi aku, kau agak-agak kau dah gila ke belum?

Sunday 3 March 2013

sampaiii bilaaaaa?


ALLAH… terasa berat sungguh ujian kali ini..hampir tak tertanggung dek diri yang jahil lagi kerdil ini ya Allah… aku tahu Kau Melihat, Mendengar dan Mengetahui. Semuanya di bawah kawalan Mu.. aku tahu ini semua ada hikmahnya… tapi aku ini manusia biasa, Allah..hamba yang khilaf… hamba yang tak punya apa-apa selain mengharapkan Ihsan dan Rahman Mu sahaja, Rabb..

Wiken lepas sempat la balik kejap jenguk mak kat kampong..tapi bukan ini yang aku harapkan bila aku sampai kat site pagi tadi… Semuanya berjalan lancar pada mulanya.. sehinggalah lepas satu demi satu masalah yang timbul yang sampai ke petang tak dapat aku ungkaikan…
Bermula dengan control box aku TIBA-TIBA ADA AIR.. box tu memang ada cover.. tak de lubang pon untuk air masuk..  dari mana pulak datang air tu?huhuhuhu.. tak pee… sabarrrr.. cuba keringkan..mana tahu boleh pakai lagi..so keringkan control box tu..
Lepas tu, baru perasan temperature sensor dah terendam dalam air… alamakkk.. benda ni tak waterproof… tak tau sejak bila benda tu tenggelam..sampai kames lepas keadaan semua ok.huhuhuu… sabarrrr… bukak dulu… mana tau kot tiba-tiba aku baru terlanggar, baru tenggelam ke benda tu… slow-slow bukak.. peeerrrgggghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ini macam SELUT nii… macamana selut ni boleh ada kat DALAM sensor tuuuuuuu??? Air dalam tangki tu memang semata AIR LAUT.. tak de unsur tanah langsung….huhuhuu.. boleh sabar lagi ke masa ni?????? Tak pe…kita cool kejap..

Masa ni dah bagitau staff sini nak masuk ‘anak-anak’ ari ni..acanerrr?? sebab piK masalah-masalah ni insyaallah boleh settle.. maka, masuk lah ‘anak-anak’ dalam tank  dengan perasaan berdebar-debar…huhuhuuu
Dengan cuak-cuak, pasang balik control box tu satu-satu.. Alhamdulillah..sebab experimental set up da ubah, memang temperature sensor ada lebih.. Pasang semua balik dengan berdebar-debar..ON sistem…. Dannnn….

ALHAMDULILLAH… boleh la ON.. tapi ada masalah lain..maybe sebab control box tu da masuk air, reading untuk salinity memang tak boleh pakai…. :’(

Pastu try ON balik semua system… jeng3……. 1 control box lagi buat masalah…bila ON je, dia ON la dalam 1 minit paling lama…pastu kelip-kelip…. Dan bunuh diri sendiri lepas tu… aku tak tau pasal apa.. Limazaaaa?????? Pening aku piker.. dari pagi tadi sampai balik.. memang tak boleh settle.. ada sesapa tau? Huhuhuu

Tungguuuuuu!!!!!!!!!!!Tak abes lagiiii…. Dengan tiba-tiba jugak 1 lagi box ada masalah.. kali ni bukan system tu… tapiiiiiii…. Salinity sensor tak bagi reading yang betul…. Nak tukar sensor pun, sensor yang tinggal sume ada masalah… tak tau pasal apa… tak de pulak masuk air..huhhuhuu… yang ni pon sampai balik tadi tak dapat settle…

Sekarang ni nak buat macamana???? Aku memang da tak tau nak buat apa.. penat godak tapi tak settle-settle jugak…’anak-anak’ semua da masuk dalam tank..kira sebenarnya eksperimen dah jalan..  properties da betul… masalahnya system yang nak rekod dan control tak berfungsi… so macamane?????
Kalau nak give up, ini bukan masanya…. Tapi kalau dah cuba nak selesaikan tapi tak dapat…masa yang makin suntuk..kekangan kewangan lagi…apa yang boleh aku buat sekarang?????

Cecite…cecite…

huhuhuu

Wednesday 27 February 2013

cravings

wah3... melampau betol nafsu makan 2-3 menjak ni..

kita mulakan dengan malam birthday..tengah melepak sensorang kat rumah..dan tetiba..jeng3.... pukul 10 MALAM... perrggghhhh..sedapnnya


nasib baik kat bertam ada drive through :) heheheee... makanyaaaa..pukul 10.30 malam...melantoookkk makan Mc D :P hahahahahaaa...



opppssss...lupeeeee...seminggu sebelum tu craving for


keh3..... :P

2-3 hari lepas teringin

puleeeekkkkkkkk.......... 



dan hari ni













tetiba 
























mengidam














































































































































apo nak jadi jang oooiiiii? -_____________________-"
























































nyum3...dap nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :)


Wednesday 20 February 2013

life cycle

manusia memang tak pernah puas dengan apa yang tuhan campakkan kat kita, kan?

dari kecik tak sabar-sabar nak jadi besar sebab nanti boleh pegang duit sendiri..boleh beli barang yang kita nak sesuka hati, nak pegi ke sana-sini tak perlu mintak izin mak bapak... tapi bila dah besar, rupa-rupanya duit yang dapat tiap-tiap bulan tu just cukup-cukup untuk makan je..balance yang lain tu mana pegi? buat bayar     hutaaaanggggg -_-" nak beli/makan benda-benda yang kita nak pun terpaksa bercatu..pastu sape cakap da besar tak yah mintak izin mak bapak? selagi belum kawen, selagi tu bawah tanggungjawab mak bapak... nak lari dengan kawen???? da kawen kena mintak izin dengan husband puleeekkk... terus rasa baik jadi budak-budak.. tak de duit  mintak je ngan mak bapak.. tak dapat, nangis, merajuk... pagi-pagi pegi sekolah.. balik main-->makan--> tgk tv-->tidooooo... tak payah pikir apa-apa masalah.. huhuhu

masa sekolah rendah tak sabar-sabar nak masuk sekolah menengah..dah masuk sekolah menengah pulak kena brainwash untuk belajar sampai masuk U.. tapi tak semua dapat peluang terus masuk U.. macam jalanraya..untuk sampai ke destinasi A, ada macam-macam jalan..cepat..lambat..berliku..highway..ikut nasib..dan usaha kau jugak.. apa yang aku nampak.. disebabkan semua orang kat Malaysia ni di brain wash.. makanya semua orang berusaha untuk masuk U..ok fine ..berjaya masuk U..tapi..untuk apa?? bolehlah bagi jawapan ikut skema..nak belajar..nak menuntut ilmu...  tapi cuba kau tanya diri kau..deep inside.. biar hati kau yang jawab... kau tak perlu jawab kat aku..untuk apa semua ni???? aku jawab dengan ikhlas.. sejujurnya.. aku hilang bila terpaksa jawab ni..  terus tenggelam yang tak ada punca.. huhuhuu..

ok.. da habis belajar mesti nak keje kan? berusaha bersungguh-sungguh cari keje.. sanggup bertekak dengan mak bapak nak gi keje jauh-jauh (walaupun mak bapak tak bagi) sampai la mak bapak izinkan dalam terpaksa.. huhuhu.. dah dapat keje... tiba-tiba.. nak berenti puleeeekkkk -____-" banyak la masalah (ke alasan? -___-" ) yang timbul... huhuhuhu... terus rasa belajar lagi bagus (ye laaa.. yang boleh ulang just jadi student..ko gila nak jadi baby balik? :P hohohohoo)

tuhan pun makbulkan permintaan hamba Dia yang naaakkkk sangat jadi student balik ni..pastu kau tahu apa yang jadi????? loooorrrr....tak best rupanya jadi student master ni..orang sume ingat kau terror...sedangkan sebenarnya kau tak tau pape..huhuhuhu... pegi kelas sorang-sorang..makan sorang-sorang..pegi mana-mana boleh dikatakan 95% masa kau memang dok sorang-sorang.. aku dah sampai tahap cakap sorang-sorang..main badminton sorang-sorang (hai k.iera! :P keh3 ) dalam bilik..terus rasa macam nak keje balik... wuwuwuwuuuu...

sampai bila kitaran hidup ni nak berulang? aku berani jamin..kalau tuhan campak kau kat tempat keje skang, mesti nanti kau menangis dengan tuhan nak belajar balik dengan tuhan kan???

aku rasa, aku nak buat sedikit conclusion tentang persoalan ni;

  1. budak-budak zaman sekarang terlalu manja (aku tak kata kau...aku cakap aku)... cakap je nak apa..semua mak bapak hidang atas meja..sikit sangat susah yang kau rasa kalau nak banding dengan nikmat yang kau terima..tak payah pegi jauh..kau compare hidup kau dengan mak bapak kau time dia seusia kau dulu.... berani kau cakap "bapak tak tau apa yang saya rasa!" aku pangggg kau sebijik baru kau tau langit tu tinggi rendah..huhuhuu..
  2. kita perlu belajar untuk bersyukur dan redha dengan semua rencana tuhan.. dulu aku selalu nasihat kawan-kawan aku, "grasses always looks greener on the other side.." tapi bila kau pergi ke sebelah sana padang..baru kau tahu..rupanya rumput kau yang paling syorgaaaa dalam dunia untuk diri kau... kita tak kan pernah tau apa seksa seseorang selagi kau tak duduk kat tempat dia..TUHAN ITU MAHA ADIL! Dia takkan campak kau kat satu tempat tu kalau Dia tahu kau tak boleh buat! percaya pada Dia dan kerja kau usaha! itu sahaja!
  3. kita tak boleh lari dari masalah tapi kena belajar untuk selesaikan masalah tu...sumpah!!! makin kau lari, makin banyak masalah yang akan kejar kau.. mungkin kau akan lega untuk sesaat, tapi kekesalan yang kau bakal tanggung, tunggulah masanya untuk kau rasakan..huhuhu.. inche papa pernah pesan kat aku,"selesaikan masalah hari ini, hari ini jugak..sebab sampai satu tahap, masalah tu akan ganggu pola hidup kau...ganggu tidur kau..ganggu selera kau.. ganggu semua perjalanan hidup kau..tapi kalau kau dah sampai tahap tu, maknanya kau dah TERLEWAT untuk menyesal" dan sejujurnya..aku dah sampai lebih dari tahap itu..sob3...




pam punya pasai

sabar lah diri.. manusia hanya mampu merancang..tapi jangan lupa.tuhan juga punya perancangan..huhuhu..

dari semalam lagi dok pikir apsal pam xleh nak sedut naik atas.. padahal tengok spec pam tu boleh sedut sampai 1 m..tinggi tank pon tak sampai 1m..dalam 80cm macam tu la... sebab takut board yang rosak and malas nak pening-pening kepala di petang hari..lantoookkkk...(ok..ini perangai buruk saya..jangan sesapa tiruuuu..huhuhuhu -___-" ) .. so masa on the way balik tu dok pikir-pikir la strategi ni.. alhamdulillah tuhan bagi pinjam idea sat... :)

so pagi ni test la pakai pam lain dulu (bukan yang sambung kat board tu)...pastu ...oooo.. ok..maybe bukan sebab board tapi memang pam tu tak larat nak pam setingggi tu.. huhuhu..

maka terpaksalah pegi kedai carik pam lain..(perjalanan pegi balik sejam mind u!!! :'( huhuhuu ).. pusing-pusing carik kedai, banyak tak bukak lagi (da kol 10 pagi masa ni..sob3... ) nasib baik kedai yang biasa pegi tu bukak..(tapi kedai tu mahal puleeeekkkk :'( ) .. tapi terpaksa la beliii...nak balik umah cepat,kan?? so u have to what u have to do! no matter what...huhuhuhuu..

pendek cerita...  balik test..alhamdulillah..boleh berfungsi dengan baik...tapi....(well...biasalah aku kan...kalau tak loqlaq tu tak sah -___-" ) sebab excited sangat dok menyambung2... sekali paip tu masuk dalam sangat dan da merosakkan propeller pam tu...waaaaa!!!! :'( sob3... dah la mahal...

pffftttt!!!!!!!!!! kalau keluar balik amik masa sejam lagi..sampai sini nanti timing balik, memang aku tak leh nak wat keja la ... huhuhu..postponed esok! :'( sob3.. doakan aku... huhuhu

Saturday 16 February 2013

ujian lagi


Allahurabbi… besar sungguh ujianMu ya Allah.. dari berlari, aku berjalan, dan kini sedang merangkak berjuang untuk sekeping kertas itu ya Allah… aku hampir-hampir goyah dan mengalah..tapi hanya wajah di desa dan teman seperjuangan menjadi tongkat setiap kali aku hampir tersungkur.. Allah.. hanya itu yang mampu  aku sebut sekarang…

Disaat aku sedang merangka-rangka tarikh untuk balik kampung (mama warded today, waiting for anonymous date of operation).. ketika aku memasang sistem aku dengan ketakutan.. tiba-tiba..

Chiller pulak buat hal :’( Allah.. sungguh sampai sekarang aku tak nampak apa yang kau sediakan untuk aku ya Allah..tapi sampai saat ini aku masih bersangka baik pada Mu.. sungguh.. 

Tuesday 12 February 2013

kerja gila

well... regarding this and this... maka benarlah manusia itu tidak akan mengetahui akan masa depannya walau sesaat yang ke depan...

cite dia mcm ni, ari satu ari tu... dari pagi lagi memang dah tak tau nak buat apa sebab contractor janji nak datang dalam kol 2.30-3.00...knowing him..hmmmmm...kol 3 la baru aku gerak g opis... sekali tengok BARANG-BARANG dia dah ada..so, "oohhh... dia da datang ke...fineee" :) make it short, dia cakap dia tak keje ari ahad and isnin nanti... aku pon apa lagi..terus kol member tanya selamat tak NAK LALU GRIK KOL 5 PETANG.... mind u.. aku TAK PENAH DRIVE KAT GRIK + SORANG-SORANG + AKU TAK NAMPAK NAK DRIVE MALAM... 

aku teruskan perjalanan dengan kepala ting tong dan perasaan yang was-was... aku ikut je tayar kereta aku bergolek... (sampai tak perasan tak on radio langsung dalam setengah jam tuuuu... punyalah ting tong bak annnggggg -___-" )...

tayar terus bergolek dan aku masih was-was lagi nak teruskan perjalanan ni.. padang serai [checked!] --> kuala ketil [cheked!] --> baling [checked!] --> "betul ke nak balik kg ni ? " -___-" --> grik [checked!] --> tasik banding [checked!] .. ok.. time kat tasik banding ni papa called and only at this time I CONFIRM THAT I'M GOING HOME.... gila tak gila punya kerja.. dari tasik banding nak balik umah tu tinggal DUA JAM je lagi minah oiiiii.... -___-" ( ko ingat kau larat ke nak pusing balik kalau tak jadi balik? -___-" da kol 8.00 MALAM dah ni...huhuhuu )

sepanjang perjalanan memang aku rasaaaa sangatttt... memang hanya ada aku dan tuhan sahaja.. tawakkal yang sepenuhnya.. sepanjang jalan yang gelap dan berliku tuu.. hanya ada aku, tuhan dan mr.dee yang tak bernyawa tu je.. kalau apa-apa jadi...memang sia-sia idop aku selama ni.. memang aku berserah sepenuhnya pada allah...


alhamdulillahhhh... sepertimana aku percaya pada tuhan, selama itulah aku rasa tuhan jaga aku sepanjang perjalanan tu..

and know what? rupanya tuhan atur perjalanan aku hari tu untuk aku balik dan pujuk mama untuk masuk wad :'( sedihhh.. tapi aku redha.... tuhan dah susun cantikk.. baru aku faham sebab aku dok menangis sepanjang perjalanan pegi ofis seminggu dua  ni.. huhuhuu...

kalau aku rajin nanti aku cerita pasal mama.. kalau ye... kalau tak, memang nan hadoooo :b hehe

Wednesday 6 February 2013

pelamin anganku musnah!

rentetan dari cerita yang ini. semalam aku mesej kontraktor tanya bila dia nak pasang tangki aku... tung-tang-tung-tang...dia pon tak tau bila boleh start pasang.. aku nak sengeh sumbing sebab MACAM ada harapan nak curi-curi balik kampung esok ni *gigit jari sambil mata meliar :b*

semalam balik dengan perasaan berdebar-debar... (siap tak mandi, tak basuh baju, merapu tahapeape sambil kol 12.. punyalah tak tenang bak anngggg -_____-")

ari ni pulak, dari pagi dok cari ketua pusat sebab nak tanya pasal quotation... (da tau pasal quotation baru boleh plan dapat balik ke tak sok :b ) 1x dr tu cakap, "eehhh.. dah lama dah saya luluskan..suruh dia pasang ari ni jugak!"

adoooiiiii... ingat aku sape nak bagi-bagi arahan kat orang -__________-" tapi tak pe.. senyum kena maintainnnn... :')

make it short;

kontraktor tu nak datang pasang ari jumaat/sabtu  ni.. maka.. hancurlah pelamin angan ku ..... sooobbsss :'(

Tuesday 5 February 2013

buka pekung didada sendiri :b


Sudah lama tidak berkata-kata mengikut rasa.. sampai terkadang sendiri jelek dengan masalah diri sendiri yang tak sudah-sudah…tentang dugaan yang bertimpa-timpa..tentang hati yang rapuh..tentang tuhan yang mengirim aku ke sini untuk mengenali Dia.. sungguh aku keseorangan dan memang tiada tempat lain untuk bergantung selain Dia..hanya Dia teman aku setiap saat..

Tapi hari ini bukan mengarang untuk mencurah rasa.. Cuma tiba-tiba rasa mahu merapu dan melupakan seketika masalah duniawi… buku baru ini rasanya sudah penuh dengan tulisan duka.. mari kita ‘warna’kan sedikit dengan tinta ceria :b

Ini kisah angan-angan aku..yang terfikir untuk dilakar disini..

Hari tu, dalam perjalanan aku ke sini, aku berborak dengan ‘teman’ mengenai persepsi kehidupan..tapi banyaknya tentang sudut pandang aku dan dia tentang jodoh ;b sungguh kami berbeza.. dia dan aku punya pandangan yang tak simetri.. gila tak gila punya sembang, perjalanan 5 jam serasa 5 minit berlalu :b Cuma.. satu ayat dia yang buat aku terkenang sampai sekarang;
“kau serius laili akan terima sesiapa saja yang masuk meminang kau? Walau kau tak pernah bertentang mata dengan ‘dia’? kau tak tahu senget benget mukanya…betul?”

Aku jawab sambil gelak;

“kenapa? Salah ke kalau macam tu? Sebab aku tak pernah jumpa sesiapa yang berani minta izin dengan mak ayah aku.. lagipun, cinta lepas kawin lagi indah..kan? ke tidak? :b “

“ikutkan syariat memang…Cuma sekarang aku rasa kau tak rasional…seperti kau pasrah dengan kehidupan kau… tak semua fantasi cinta berakhir dengan fairy tale.kau terlebih baca novel pada firasat aku :b hahahaha”

Jadi….soalannya… salah kah aku kalau aku memilih begitu? Kalau nak disenaraikan fantasi aku.. banyak..meh sini aku bocorkan rahsia :b hahaha


                   i.     syarat aku yang utama: kau harus jaga sembahyang.. tak kisah rupa kau kacak macam mana pun, kalau kau tak sayangkan tuhan kau, aku tak percaya kau boleh sayangkan aku… sebab itu, bila aku tengok orang yang aku minat, atau minat aku (hahahaa… bajetlah hot) semua sisi dari rambut kau berdye atau tidak, kau mesej aku time sembahyang jumaat…memang semua nak kena pangkah! ;b

       ii.            Kalau kau suka aku, aku rasa kau tak payah tanya aku.. kau mintak hati aku dari Tuhan melalui mak ayah aku.. sebab..aku ada reason yang kuat untuk ini…’aku susah nak suka orang, tapi kalau orang suka aku, tak susah untuk aku pujuk hati aku terima kau’ :b yang ini pon memang aku kena basuh dengan teman aku sebab sibuk nak mempertahankan pendapat aku. Dia hanya mampu cakap,”kau memang gila..kau sanggup perjudikan masa depan kau untuk sesuatu yang tak pasti!” aku jawab,”kalau semua yang aku berjaya pujuk hati aku untuk suka dengan susah payah, senang-senang untuk tinggalkan aku… kenapa aku tak boleh percaya dengan orang yang sanggup berjumpa mak-ayah aku dengan susah payah?” “kau memang  kecewa dengan kisah lama kau!” aku jawab dalam hati”SANGAT!!”

      iii.            AKU SANGAT SUSAH NAK MENGAKU AKU SUKAKAN ORANG TU… kau tanyalah kawan-kawan rapat aku…walaupun berbaldi air mata aku tumpah untuk orang tu, walaupun semua suka-sedih dia aku rasa, aku TAKKAN BAGITAU DIA YANG AKU SUKAKAN DIA! Aku nak simpan lafaz tu untuk suami aku aje..(tak tau la bila baru aku boleh sebut tu :b ) hahaha… aku harap, kau nanti cukup sabar untuk tunggu.. cukup kuat untuk tempuh semua ujian aku..sebab yang sebelum-sebelum ini, aku hampir-hampir untuk bagitau, tapi tuhan memang tak berikan kesempatan untuk aku lafazkan…ada-ada aje benda yang buatkan aku sedar, orang tu bukan kau! J
Errrr… aku rasa cukup setakat ni dulu kott…da pukul 11 dan aku kena bangun pagi-pagi buta esok :’((
Errr2… [:b] blame the period!!! Benda ni yang buat aku ada mood nak buat entry merapu ni :b hahahhaa


Kawan aku tu bagitau, aku jadi macam ni sebab depan aku, kisah cinta mak-ayah aku sangat indah! Semua yang terpampang depan aku semua sebijik cerita novel..  sebab tu aku fantasi aku tak relevan pada mata dia…sedangkan dia hanya nampak kisah tipikal sebuah perkahwinan yang mana suami adalah raja! Aku tak salahkan dia..kalau dia dalam situasi aku dan aku dalam situasi dia, mungkin pendapat kami berbeza… tapi mungkin jugak sebab dia pemilik gen XY, maka sudut pandangan kami adalah berserenjang! (aku cakap berserenjang sebab pada satu titik, sudut itu akan bertemu… bukan selari yang pasti tak kan bersetuju sampai bila-bila :b )

Monday 4 February 2013

rumah-sakit?

direct translate of homesick :b keh3...

da sebulan lebih xbalik ni..aura-aura homesick makin membara ni..huhuuhu.. sebelum ni kan tiap-tiap minggu balik.. perjalan KL-KLate tu dah rasa macam perjalan KB-KT je :b hahhaaa...

ni dok mengintai-intai jadual ni.. rasa macam nak curi-curi balik.. notice that "curi-curi" balik?*ok fine.. skang button ctrl tak leh function -___-"... sorry.. i'm clumsy :b hehehe.. apsal kena curi-curi balik? hang dok hostel ka apa?

sebab... ketua pusat da warning siap-siap dah last week
"cuti CNY ni AWAK JANGAN NAK BALIK KAMPUNG PULAK!"

tapi dari dok melangut sensorang kat pulau ni sensorang, baik balik tengok muka mak ayah sat kann? (',~) heehee..

lagipun dia pon balik kampung gak!*insert evil laugh here! muahahahaa*

tapi masalahnyaaa......





berani keeerrr nak melawan kata bos? -_________-"



p/s: skang TIAP-TIAP PAGI MENANGIS SEPANJANG JALAN NAK PEGI KEJE sebab rindu kat mak-ayah-adik2 :'(

Sunday 27 January 2013

SOBBSSS :'(

I am struggling really hard here... every seconds passed is like punishment for me... susah untuk kekal positif bila kau sorang-sorang dan environment mula menekan..

aku tau.. kalau benda ni senang, semua orang boleh buat... aku dah tak larat nak pikir tapi kena pikir jugak.. aku rindu family aku... aku nak semua ni berakhir cepat... tapiii... bak kata natasha beddingfield

"some parts of live have to be messy before they become beautiful "

macam tu la lebih kurang... dan aku sedang berada dalam part miserable life tu skrang..sobss




TUHAN..TOLONG AKU... PLEASEEE :"(

Monday 7 January 2013

the friendly not-so-stranger

asyik menangis je kat dalam ni kan.. macamkan dalam hidup ni tak ada langsung benda yang boleh buat aku gelak -___-" takpe.. takpe.. ari ni nak bukak cite y kelakar dan memberi semangat :) bukan niat nak riak, tapi sekali-sekala tuhan bagi peluang untuk senyum, kita kena senyum gak, kan? :)

hahhahaaa.. sapa-sapa ada kat fb mesti tau kot pasal crita si  not-so-stranger ni.. (bajet hot la org nak follow kat fb -___-" keh3 :b )

sebenarnya si  not-so-stranger ni lab mate aku.. dia budak phd dari US. aku kenal dia ni dah lama la jugak..dari time degree.. tapi of course la dia tak kenal aku :b hahhaa..

hari ni datang angin ramah tamah dia yang menakutkan aku..... meh nak copy dari fb:


scary lah mamat ni! huhuhuu..

tapi dia ada la cakap something yang menyejukkan hati aku yang tengah kecut ni.. huhuhuu..

not-so-stranger        :I look at your project and it seems sophisticated to me.
me                           :huhuhu.. I'm afraid that project looks simple in others opinion.
not-so-stranger        :no!!! I think it's up to Msc. standard...
me                           :REALLY???? (hati da kembang setaman dah ni :b hahhaa)

like seriously ada orang fikir macam tu? ALHAMDULILLAHH.. HAZA MIN FADLI RABBI :) harap-harap semuanya berjalan lancar.. amin...amin..amin.. ya rabbi :)

Thursday 3 January 2013

what of 2013?

2013 and all the not so good start..

dari celah mana la aku nak korek ni? huhuhuu..

hmmm.. 1st day of new year berlalu macam biasa.. kat kg lg masa tu :) feel blessed dengan family apa sume la..

n then 2nd of January arise.. n this was where all the mess started.. hhuhuhu..
i. pagi2 buta supplier call cakap tak jadi deliver barang :"((
ii. pegi PK n dr expect worse sebab batuk da 3 minggu tak hilang-hilang lagi.. tengok dulu performance 3 hari ni macamana.. tapi sampai semalam batuk macam tak reda-reda pon.. sob3..
iii. tayar mr. dee bocor.. hangkut pegi bengkel rupa-rupanya da banyak masalah dalaman pak cik sorang tu.. dengan 2 rim bengkok, camber rosak..bla..blaa..blaa.. melayang dekat RM300 semalam..huhuhu
iv. member kol gaji bulan 1 ngan 2 tak masuk.. jadi? harus makan pasirkah 2  bulan ini? -___-"

hari ni?
pagi2 buta lepas subuh supplier da mesej akan deliver barang tengahari sikit.. ok fineeee... ni dah sampai kat lab, tetiba mesej ada barang sangkut kat kastam.. jadah hape weeehhhh??? ari tu cakap sume da siap.. tunggu masa nak deliver je.. agak-agakla nak kelentong aku pun.. pastu ni cane ni?? aku da emel orang 'sana' nak pegi sana ahad ni.. kau suka buat keje  last minute yang menyusahkan aku.. so, how skrang ni? :'(

sorry.. patutnya new year penuh dengan +ve vibe.. tapi aku tak mampu nak +ve sangat dengan situasi sekarang.. huhuhuu...

apa-apapun aku tahu, tuhan mendengar :')