aminkan doa saya ^^

2012: FINISHED MY MASTER BY MAY 2012
Showing posts with label family matters ^^. Show all posts
Showing posts with label family matters ^^. Show all posts

Thursday, 15 May 2014

long silence?

he3.. sori2.. mcm2 benda berlaku dalam hidup ni..ups and downs..tapi takde semangat nak mencorat-coret kat sini :p he3.. ari ni dah kali ke-2 naik cari supervisor tapi dia takde.. haaaaiihh...dah la nak jumpa dia kena mengumpul kekuatan dan semangat yang padu..dah dapat semangat , dia pulak tarakk..haiiihh la nassiiibbbb :p

ok lah..sementara masih bersemangat waja ni..marilah kita menghapdet blog :p waha3.. haaa..gelak la banyak-banyak..tak elok tauuu..wuwuwuwuwuu ..

apa yang dah jadi? hmmmm.. .alhamdulillah... awal bulan 1 hari tu supervisor offer jadi RA dia.. kira setel 1 masalah duniawi.. tak yah pening-pening pasal duit buat satu jangka masa yang akan ditentukan kemudian..ngaha3... masalahnya kena buat research lain yang takde kaitan langung dengan aku punya study... macam hazab jugakla..dengan pengetahuan autocad yang cetek macam longkang, dengan tak minatnya, dengan serabut thesisnya....but...hidop mesti terus! things turn out well.. bulan 2 ada sorang RA lagi masuk..bagus la jugak...ringan keje gue.. ngaha3... alhamdulillahhhh :)

tapi...tuhan dah janji..hidup tak selalunya indah..langit tak selalu cerahhh... lalalla~ :p RA baru tu dah dapat keje and tinggal la aku terkontang-kanting balik dalam lab ni sensorang..dah 2 minggu..1 design pun aku tak lukis.. gaggagaaa -____-" mood nk blah dari sini berkobar-kobar...nak cepat-cepat abeskan study.. lantak ah nak kena maki punnn..ho3..

malas la pulak nak cerita benda-benda sedih-sedih...serabut-serabut...waha3...  2 bulan lepas adik laki kawen.. kena langkah bendul..boooooo!!!! tak dapat nak balik masa akad nikah dia sebab baru masuk keje katanya.. tak berani nak buat perangai apply2 cuti :P he3... tapi pegi la masa reception belah pompuan tu :)

3/5 hari tu reception belah kitorang pulak...penat seeeehhhhhh.... lembik seluruh badan.. glams jap mak, nyah..jadi minah rempit tukang gi kedai beli barang-barang yang tak cukup...dok angkut ais maksimum 2 guni (?) yang besar-besar tu ngan moto... sampai mak cik kedai tanya.."kat umah takde yang laki ke? kamu je dok kulu kilir ni" he3... rilek mak cik.. "yang lakinya kawin..tak kan nak merempit pulokk..lagi pun banyak lagi keje-keje berat yang lain kat umah tu..lagi pun angkut ais je ponnn...naik moto...bukan jalan kaki" :) he3...

ehhh..tapi sebenarnya tulis panjang-panjang ni bukan nak cite pasal tu... nak cite pasal lain :p he3.. ari tu dekat seminggu sakit kat dalam mulut.. tak leh nak makan pedas-pedas sangat..stok sampai sambil makan, sambil nanges pejam-pejam mata laa... kununnn menikmati laaa..tapi.. sebenarnya sakiiiiiittt gila tapi still nak melantokkk :P ha3..

yang sengalnya boleh pulak masa balik kampung ari tu gi belek-belek gigi depan papa..pastu tanya, "pa, orang rasa gigi orang makin jongang la..payah nak makan..acu tengok ..ye ke dok" sambil dok kelebet gigi.. papa sengeh je..malas nak layan.. :p ha3... tapi dalam ati sebenarnya dok pikir,"boleh ke tetiba jadi jongang? bukan kalau jongang  dari kecik ke?" -________-"

bangun pagi esok..terus dapat ilham..kelebet mulut... pastu gelak sensorang.. bongekkk punya pompuan..ulser la weeeeeiiii!!!! ha3.... boleh melalut sampai gigi jongang la, apa la.... patut la papa malas nak layan anak sulung dia ni..datang senget dia, pikir mengalahkan budak kecik :p ha3

Wednesday, 13 March 2013

alhamdulillah :)

mendengar celoteh mama yang tak berhenti-henti telah membocorkan paip air mataku..
mendengar riuh mama yang sudah lama kami tunggu menggamit syahdu yang cuba ditahan...
mama sudah mampu makan seperti normal
sebelum ini hanya mampu menelan oat..
berminggu-minggu...

mendengar betapa gembiranya suara mama kerana sudah mampu merenung pepohon di halaman rumah kami..
dia sendiri yang meminta untuk bangun dan melihat segala pemandangan
yang sudah berbulan tak sempat dihayati


terima kasih tuhan....
aku tahu Engkau mendengar segala rintihan kami :')

Tuesday, 12 February 2013

kerja gila

well... regarding this and this... maka benarlah manusia itu tidak akan mengetahui akan masa depannya walau sesaat yang ke depan...

cite dia mcm ni, ari satu ari tu... dari pagi lagi memang dah tak tau nak buat apa sebab contractor janji nak datang dalam kol 2.30-3.00...knowing him..hmmmmm...kol 3 la baru aku gerak g opis... sekali tengok BARANG-BARANG dia dah ada..so, "oohhh... dia da datang ke...fineee" :) make it short, dia cakap dia tak keje ari ahad and isnin nanti... aku pon apa lagi..terus kol member tanya selamat tak NAK LALU GRIK KOL 5 PETANG.... mind u.. aku TAK PENAH DRIVE KAT GRIK + SORANG-SORANG + AKU TAK NAMPAK NAK DRIVE MALAM... 

aku teruskan perjalanan dengan kepala ting tong dan perasaan yang was-was... aku ikut je tayar kereta aku bergolek... (sampai tak perasan tak on radio langsung dalam setengah jam tuuuu... punyalah ting tong bak annnggggg -___-" )...

tayar terus bergolek dan aku masih was-was lagi nak teruskan perjalanan ni.. padang serai [checked!] --> kuala ketil [cheked!] --> baling [checked!] --> "betul ke nak balik kg ni ? " -___-" --> grik [checked!] --> tasik banding [checked!] .. ok.. time kat tasik banding ni papa called and only at this time I CONFIRM THAT I'M GOING HOME.... gila tak gila punya kerja.. dari tasik banding nak balik umah tu tinggal DUA JAM je lagi minah oiiiii.... -___-" ( ko ingat kau larat ke nak pusing balik kalau tak jadi balik? -___-" da kol 8.00 MALAM dah ni...huhuhuu )

sepanjang perjalanan memang aku rasaaaa sangatttt... memang hanya ada aku dan tuhan sahaja.. tawakkal yang sepenuhnya.. sepanjang jalan yang gelap dan berliku tuu.. hanya ada aku, tuhan dan mr.dee yang tak bernyawa tu je.. kalau apa-apa jadi...memang sia-sia idop aku selama ni.. memang aku berserah sepenuhnya pada allah...


alhamdulillahhhh... sepertimana aku percaya pada tuhan, selama itulah aku rasa tuhan jaga aku sepanjang perjalanan tu..

and know what? rupanya tuhan atur perjalanan aku hari tu untuk aku balik dan pujuk mama untuk masuk wad :'( sedihhh.. tapi aku redha.... tuhan dah susun cantikk.. baru aku faham sebab aku dok menangis sepanjang perjalanan pegi ofis seminggu dua  ni.. huhuhuu...

kalau aku rajin nanti aku cerita pasal mama.. kalau ye... kalau tak, memang nan hadoooo :b hehe

Monday, 4 February 2013

rumah-sakit?

direct translate of homesick :b keh3...

da sebulan lebih xbalik ni..aura-aura homesick makin membara ni..huhuuhu.. sebelum ni kan tiap-tiap minggu balik.. perjalan KL-KLate tu dah rasa macam perjalan KB-KT je :b hahhaaa...

ni dok mengintai-intai jadual ni.. rasa macam nak curi-curi balik.. notice that "curi-curi" balik?*ok fine.. skang button ctrl tak leh function -___-"... sorry.. i'm clumsy :b hehehe.. apsal kena curi-curi balik? hang dok hostel ka apa?

sebab... ketua pusat da warning siap-siap dah last week
"cuti CNY ni AWAK JANGAN NAK BALIK KAMPUNG PULAK!"

tapi dari dok melangut sensorang kat pulau ni sensorang, baik balik tengok muka mak ayah sat kann? (',~) heehee..

lagipun dia pon balik kampung gak!*insert evil laugh here! muahahahaa*

tapi masalahnyaaa......





berani keeerrr nak melawan kata bos? -_________-"



p/s: skang TIAP-TIAP PAGI MENANGIS SEPANJANG JALAN NAK PEGI KEJE sebab rindu kat mak-ayah-adik2 :'(

Monday, 26 November 2012

cerita itu part 2

aahhh.. kusut.. kalut.. ribut sungguh hidup aku sekarang ni.. tapi apa-apa pon aku redha dengan ujian tuhan untuk kami kali ini..

dimana mahu sambung ya? hmmmm.. ok.. selepas landing di KB.. hmmm..

***********************************************************************

mata papa yang lega selepas nampak aku kat pintu ketibaan memang tak akan aku lupakan. pelukan papa yang melepaskan beban perasaan dia selama 46 hari kat Mekah memang akan aku kenang sampai bila-bila..

hati aku yang luluh dan rapuh melihat tangisan mama yang ditolak papa dengan wheelchair, dengan kaki kanan yang berbalut sampai ke lutut akan aku rakam dalam kanvas kepala aku sampai bila-bila.. tangisan mama dengan kalimat, "Long, mama dah tak boleh jalan...."

kau rasa? aku speechless seketika.. dengan senyuman kelat aku bagitau, " it's ok ma.. at least mama da selamat sampai untuk jumpa kami kembali.."

sepatutnya lepas landing terus pegi hospital, tapi mama nak balik rumah dulu.. takpe.. kami faham perasaan dia yang dah lama tinggalkan rumah dan kalau pegi hospital entahkan bila baru boleh menjenguk teratak kami balik.

make it short, kami bertolak ke hospital lepas Asar.. menunggu dalam ER dengan macam-macam ragam manusia memang bukan pengalaman yang seronok.. after scanning and hours of waiting, finally pakar tulang decided that mama have to get warded malam tu jugak.. operation untuk buang semua sel2 dan tisu2 yang rosak was scheduled next morning...

mama menangis-nangis tak nak warded malam tu.. dia nak balik rumah malam tu jugak.. untuk pertama kali dalam hidup aku... aku menangis depan mama dan papa aku.. air mata yang selalunya berjaya aku tahan dah tak terempang lagi... kami fikirkan hanya yang terbaik untuk mama.. kami tak mau kuman2 kat kaki mama terus menguyah daging2 mama dengan lebih dalam dan lebih banyak lagi.. cukup sampai lutut tu.. dan kami harap hanya sampai situ sahaja... tapi...

aku yang mula2 sekali tewas dengan tangisan mama... tak mampu aku tengok dan dengar mama merayu2 tak nak warded malam tu.. dengan berat hati, dengan air mata aku cakap,

aku   :ok ma.. kalau mama tak nak warded malam ni, mama janji... 1st thing 1st esok adalah datang ER
          balik!
mama : mama janji.. esok pagi2 kita datang ER.. tapi untuk malam ni saja.. tolonglah mama
aku    : no!! bukan warded je.. kalau Dr. kata esok operate, mama kena operate esok jugak.. kalau mama    
            nak balik malam ni kena ikut syarat2 ni, kalau tak, malam ni warded!!

mama pandang aku dengan air mata bergenang..

aku    :janji ma?

perlahan-lahan mama angguk dan melegakan hati kami semua..

finally around 10 pm mama sign surat yang Dr tak akan bertanggungjawab terhadap apa2 yang jadi kat dia malam tu sebab Dr da suruh mama warded but then she refused.huhuhu

ralat;
aku bukan nak salahkan Dr2 pelatih kat ER tu.. tapi mereka buat aku terkilan.. mereka kerumun mama macam lalat hurung taik... aku tau mereka excited dapat case malam tu, esok boleh tengok operation n learn something.. tapi aku rasa mereka semua patut jaga attitude dan perasaan patient n family.. boleh kau borak2 n gelak2 sambil tengok x ray mak aku??? it's not professional babe.. u should learn ethics!!! 

Sunday, 25 November 2012

kisah 'itu'... part 1

ok... mari kita mulakan kisah yang memang sedih bagi aku.. tapi mungkin tak memberi makna bagi sesetengah orang... sila tekan ikon [X] kat atas tu kalau rasa dah bosan dengar  baca apa yang aku akan cite ni ek?

aku macam dah hilang kata-kata untuk bercerita.. tak tau dari mana nak dimulakan.. hmmm.. mungkin aku   perlu mulakan dengan perjalanan enchik ayahanda dan puan bonda sebelum diorang berangkat pergi mekah?

see?? kami menghantar ayahanda dan bonda dengan senyuman... dengan bonda yang masih mampu berdiri di atas kaki sendiri..

tak pernah aku sangka.. kami akan sambut kepulangan mereka dengan tangisan.. dengan bonda yang ditolak keluar oleh ayahanda dengan wheelchair !!!

kami tak pernah minta.. tapi kami terima ujian dari tuhan ini dengan redha... 

**********************************************************************************

lokasi : mekah

kisah 1:
papa called and informed that mama got hipo because a Dr. from hospital x had changed the insulin usually used by mama.. mama got warded.

kisah 2:
papa called to inform that mama can't do melontar because mama dah tak larat nak bangun.. however, papa managed to melontar on behalf of mama.


kisah 3:
mama pengsan dalam perjalanan pergi ke masjid

kisah 4:
mama called and crying hard to inform that she's in the hospital

kisah 5:
papa called to inform that he had to sleep in the hospital for almost a week to look after for mama... 

kau rasa aku cukup kuat untuk terima semua berita dari hujung dunia sebelah lagi mengenai kedua-dua orang yang paling aku sayang dalam dunia ni? kau letakkan kau dalam situasi aku, kemudian baru kau jawab apa soalan aku tadi... 

**************************************************************************************

lokasi: malaysia

sepatutnya aku ambil mama dan papa aku kat KLIA malam tu.. tapi mama n papa tak nak aku ambil diorang.. diorang minta aku dan adik-adik yang lain tunggu diorang di KB.

8.30 pm  [10/11/12]

papa called to inform that they have arrived.. and that was a BIG SHOCKED.. u know why? because the flight should land at 9.15 pm..

lagi mengejutkan sebab papa bagitau mama was unconcious from DUBAI (!!!!) to KL !!!!!!

an ambulance was waiting at the departure and they aren't allowed to go out until about 10.00 pm!!!!

*************************************************************************************

aku rasa cukup dulu untuk kali ni.. aku dah habis kata-kata.. semoga aku kuat untuk tulis kisah ini part 2..







Thursday, 22 November 2012

dugaan tuhan

berlari ke sana sini.. 2 minggu yang panjang.. 2 minggu yang menduga fizikal, mental dan iman..
hari ini.. aku kembali ke meja ini.. dengan perasaan yang tertinggal di desa.. dengan akal yang masih separuh berjalan dek kepenatan fizikal dan mental..

tuhan.. kirimkan kami kekuatan dan kesabaran..

p/s: nanti kepala otak da center aku akan cite tentang kejadian 'itu'..

Wednesday, 31 October 2012

raya aku mungkin tak sama dengan raya kamu

kerana aku kena berkorban hati dan perasaan di hari raya korban yang mulia ini.. tuhan.. kirimkan aku kesabaran dan ketabahanMu..

dulu aku pernah janji.. dalam blog ni aku nak kurangkan meratap-ratap, mengadu nasib kat sini..tapi malangnya aku memang lemah dan aku kena terima aku memang lemah..


papa selalu pesan, "SETIAP KALI ORANG BUAT jahat KAT KITA,  CUBA INGAT SEMUA BENDA baik YANG DIA BUAT KAT KITA".. easy said than done, rite.. cuba kau buat apa yang papa aku cakap ni setiap kali tahap kau memuncak-muncak menahan marah.. di masa syaitan sedang menari-nari di tepi telinga kau.. kalau kau rasa itu senang, memang aku tabik kat kau!! sumpahh!!! sebab aku sendiri tak mampu nak buat apa yang papa aku selalu buat.. papa aku manusia paling baik dan paling sabar dalam pandangan mata aku.. sebab aku tak mampu nak maafkan dan lupakan semua kesalahan orang dengan aku apatah lagi dengan keluarga aku.. apa yang aku mampu buat sekarang adalah berSABAR :'(

what else?

berita buruk di aidiladha ke-2 adalah ujian terbesar untuk kami sekeluarga... sekarang mama kat hospital kat MEKAH.. penat aku tahan air mata aku depan adik-adik aku.. cuba sabarkan mereka sedangkan aku sendiri sedang meraung dalam hati...  masih mampu tersenyum depan kawan-kawan... dengar tangisan mama dari jauh dan aku tak mampu buat apa-apa selain berdoa dan menangis dalam hati adalah sangat perit, tahu?


Monday, 15 October 2012

rasa yang terpaksa ditelan

terkadang disebalik yang berlaku memang ada hikmah yang tersembunyi.. yang belum terzahir dek mata kasar pandangan manusia yang kerdil ini..

dicelah-celah kehidupan yang kadang gelap, kadang cerah tapi selalunya kelabu ini, rasanya perlukan tongkat untuk berjalan.. perlukan cahaya untuk membantu penglihatan dan perlunya dahan untuk berpaut.. segala keluh-kesah umpama tak larat nak ditelan sendiri lagi.. terkadang terpaksa menampal senyum setiap kali mendengar aduan adik-adik.. tapi hati yang rasa ingin meraung setiap kali menadah telinga terpaksa ditahan dan hanya mampu berkata, "sabar.."

air mata yang terempang itu hanya pecah bila sendirian.. jarang-jarang dihadapan teman-teman bila rasa diri dah tak terdaya.. terfikir juga seperti meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri.. tapi kesakitan ini terkadang sudah tidak tertahan..


Wednesday, 20 July 2011

oh my!!!!

ntah pape tah...adik blom buat keputusan..
utara atau selatan..
fulltime or part time..

tapi..
plan sudah penuh di kepala (',~)
semoga adik buat keputusan terbaik dalam hidup dia
apa-apa pun
kami sekeluarga memang sokong adik
apa-apa pun keputusan adik
utara atau selatan
fulltime or part time
kami sokong 1000%

sebab tengok adik bahagia
adalah kebahagiaan untuk kami
gud lux, dik!!!!! (',~)

a'ah...adik yang ni..adik y mama masih panggil adik 9 tahun lepas.. sebelum dak kecik dikirim  kpd kami..adik yang dah lebih tinggi dari saya...adik yang dah umo24 taun =b hehhee


p/s: masa saya darjah 6, dia darjah 3.. saya suka cubit pipi dia lama2..sebab geram..saya buat macam tu sampai saya form 3, dia darjah 6...dia tak marah saya buat macam tu..tapi bila dia naik form 1, tak kan la saya nak cubit dia lagi, kan? jatuh la standard abang macho dia tu =b hahha