aminkan doa saya ^^

2012: FINISHED MY MASTER BY MAY 2012

Monday, 26 November 2012

cerita itu part 2

aahhh.. kusut.. kalut.. ribut sungguh hidup aku sekarang ni.. tapi apa-apa pon aku redha dengan ujian tuhan untuk kami kali ini..

dimana mahu sambung ya? hmmmm.. ok.. selepas landing di KB.. hmmm..

***********************************************************************

mata papa yang lega selepas nampak aku kat pintu ketibaan memang tak akan aku lupakan. pelukan papa yang melepaskan beban perasaan dia selama 46 hari kat Mekah memang akan aku kenang sampai bila-bila..

hati aku yang luluh dan rapuh melihat tangisan mama yang ditolak papa dengan wheelchair, dengan kaki kanan yang berbalut sampai ke lutut akan aku rakam dalam kanvas kepala aku sampai bila-bila.. tangisan mama dengan kalimat, "Long, mama dah tak boleh jalan...."

kau rasa? aku speechless seketika.. dengan senyuman kelat aku bagitau, " it's ok ma.. at least mama da selamat sampai untuk jumpa kami kembali.."

sepatutnya lepas landing terus pegi hospital, tapi mama nak balik rumah dulu.. takpe.. kami faham perasaan dia yang dah lama tinggalkan rumah dan kalau pegi hospital entahkan bila baru boleh menjenguk teratak kami balik.

make it short, kami bertolak ke hospital lepas Asar.. menunggu dalam ER dengan macam-macam ragam manusia memang bukan pengalaman yang seronok.. after scanning and hours of waiting, finally pakar tulang decided that mama have to get warded malam tu jugak.. operation untuk buang semua sel2 dan tisu2 yang rosak was scheduled next morning...

mama menangis-nangis tak nak warded malam tu.. dia nak balik rumah malam tu jugak.. untuk pertama kali dalam hidup aku... aku menangis depan mama dan papa aku.. air mata yang selalunya berjaya aku tahan dah tak terempang lagi... kami fikirkan hanya yang terbaik untuk mama.. kami tak mau kuman2 kat kaki mama terus menguyah daging2 mama dengan lebih dalam dan lebih banyak lagi.. cukup sampai lutut tu.. dan kami harap hanya sampai situ sahaja... tapi...

aku yang mula2 sekali tewas dengan tangisan mama... tak mampu aku tengok dan dengar mama merayu2 tak nak warded malam tu.. dengan berat hati, dengan air mata aku cakap,

aku   :ok ma.. kalau mama tak nak warded malam ni, mama janji... 1st thing 1st esok adalah datang ER
          balik!
mama : mama janji.. esok pagi2 kita datang ER.. tapi untuk malam ni saja.. tolonglah mama
aku    : no!! bukan warded je.. kalau Dr. kata esok operate, mama kena operate esok jugak.. kalau mama    
            nak balik malam ni kena ikut syarat2 ni, kalau tak, malam ni warded!!

mama pandang aku dengan air mata bergenang..

aku    :janji ma?

perlahan-lahan mama angguk dan melegakan hati kami semua..

finally around 10 pm mama sign surat yang Dr tak akan bertanggungjawab terhadap apa2 yang jadi kat dia malam tu sebab Dr da suruh mama warded but then she refused.huhuhu

ralat;
aku bukan nak salahkan Dr2 pelatih kat ER tu.. tapi mereka buat aku terkilan.. mereka kerumun mama macam lalat hurung taik... aku tau mereka excited dapat case malam tu, esok boleh tengok operation n learn something.. tapi aku rasa mereka semua patut jaga attitude dan perasaan patient n family.. boleh kau borak2 n gelak2 sambil tengok x ray mak aku??? it's not professional babe.. u should learn ethics!!! 

No comments:

Post a Comment