aminkan doa saya ^^

2012: FINISHED MY MASTER BY MAY 2012

Monday 21 October 2013

aku tahu aku tak punya apa

Beginilah nasib si bilis..asyik ditelan sang jerung, nak menelan sudah tentu tak mampu. Sayu sangat-sangat tadi bila dapat tahu dikutuk kaw2 punya oleh orang yang paling dipercayai. Tempat yang selama ini bergantung harap, tempat mengadu nasib dengan sepenuh kejujuran, rupanya sedap mengutuk dan mengeji dibelakang.

Ya.. aku tahu aku memang bersalah.tapi pernahkah cuba memahami apa yang tersirat disebalik setiap senyuman? Walau apa yang kau nampak dan dengar hanyalah gelak tawa aku, tapi pernahkah kau cuba memahami duka yang terselit dalam setiapnya?

Aku faham dan aku mengaku, sekarang aku memang tak punya apa-apa. Hanya mengharapkan ihsan orang untuk sesuap nasi. Tapi itu tak bermaksud kau boleh sesuka hati menuduh dan  menghebohkan pada satu dunia tentang semua benda yang kau ‘rasa’aku akan lakukan, apa yang aku dan kawan-kawan aku sedang hadapi dan setiap langkah aku perlu dilaporkan pada kau?

Kau memang hebat. Itu memang diakui. Tapi kau tak boleh memaksa aku untuk mengikut setiap jejak langkah kau! Kita manusia tak punya keupayaan yang sama, walau kita berteduh di bawah langit yang sama. Kau perlu sentiasa ingat itu! Bila kau dah terbang tinggi di langit, aku harap kau tak lupakan rumput yang menghijau di bumi. Kerana suatu hari bila kau penat gah di awan biru, kau pasti cari tanah yang hijau itu untuk kau melata. Aku takkan doakan kesengsaraan kau, kerana aku masih sedar.. kau telah banyak menolong aku. Tapi itu tak bermakna, maruah aku di bawah tapak kaki kau!


Terima kasih kawan. Dalam kesengsaraan aku ini, satu demi satu telah membuka topeng di wajah kalian. Terima kasih.

oohh... aku tak mengharapkan sebuah pujian, jauh sekali secebis ehsan. yang aku dambakan hanyalah sekelumit keikhlasan, dalam sebuah persahabatan!