kerana aku kena berkorban hati dan perasaan di hari raya korban yang mulia ini.. tuhan.. kirimkan aku kesabaran dan ketabahanMu..
dulu aku pernah janji.. dalam blog ni aku nak kurangkan meratap-ratap, mengadu nasib kat sini..tapi malangnya aku memang lemah dan aku kena terima aku memang lemah..
papa selalu pesan, "SETIAP KALI ORANG BUAT jahat KAT KITA, CUBA INGAT SEMUA BENDA baik YANG DIA BUAT KAT KITA".. easy said than done, rite.. cuba kau buat apa yang papa aku cakap ni setiap kali tahap kau memuncak-muncak menahan marah.. di masa syaitan sedang menari-nari di tepi telinga kau.. kalau kau rasa itu senang, memang aku tabik kat kau!! sumpahh!!! sebab aku sendiri tak mampu nak buat apa yang papa aku selalu buat.. papa aku manusia paling baik dan paling sabar dalam pandangan mata aku.. sebab aku tak mampu nak maafkan dan lupakan semua kesalahan orang dengan aku apatah lagi dengan keluarga aku.. apa yang aku mampu buat sekarang adalah berSABAR :'(
what else?
berita buruk di aidiladha ke-2 adalah ujian terbesar untuk kami sekeluarga... sekarang mama kat hospital kat MEKAH.. penat aku tahan air mata aku depan adik-adik aku.. cuba sabarkan mereka sedangkan aku sendiri sedang meraung dalam hati... masih mampu tersenyum depan kawan-kawan... dengar tangisan mama dari jauh dan aku tak mampu buat apa-apa selain berdoa dan menangis dalam hati adalah sangat perit, tahu?
No comments:
Post a Comment