aminkan doa saya ^^

2012: FINISHED MY MASTER BY MAY 2012

Tuesday, 16 October 2012

loser

apa perasaan kau apabila satu hari kau bangkit dari tidur dan rasa semua orang pandang kau macam
[L] [O][S][E][R]?? memang terpampang besar-besar atas dahi kau dan kau tak  boleh tanggalkan at least sampai saat ni?

teruk bukan??

itulah apa yang aku rasa... (at least untuk sampai saat ni).. bukan sedikit aku persoalkan takdir aku.. bukannya aku tak cuba perbetulkan balik apa yang berlaku.. tapi yang semakin bertambah adalah penyesalan dalam diri aku...

dulu aku selalu rasa aku adalah orang yang terkuat antara semua.. walaupun aku bukanlah gagah perkasa, tapi aku sentiasa cuba buktikan apa pandangan orang pada aku adalah salah.. semakin keji pandangan orang pada aku, makin aku kuat dan bersemangat.. tapi sekarang.. semakin keji dan jelik pandangan-pandangan orang terhadap aku, semakin keji dan jelik jugalah pandangan aku terhadap diri aku sendiri (faktor usia mungkin -___-" hahhaaa.. not funny, ok?! )


bukan tak pernah aku larikan diri dari masalah aku.. yang tu selalu aku buat.. tapi jarang-jarang jugak aku cuba selesaikan masalah aku.. masalahnya ialah semakin aku cuba selesaikan, semakin banyak masalah yang timbul... kau rasa, aku akan makin kuat ke dengan benda-benda yang tak sudah-sudah ni?

aku pernah sampai satu tahap yang aku tak nak jumpa sesiapa.. aku hanya nak meratap depan tuhan dan harapkan keajaiban muncul... kau ingat tuhan nak tolong aku kalau aku buat macam tu??? jangan harap la, kawan... tuhan dah kata, "aku tak akan menolong hamba-hambaku selagi mereka tak berusaha" ! kau nak tau apa yang jadi lepas aku dah sampai tahap puas meratap-ratap dan merayu dengan tuhan?? dengan tiba-tiba DIA campakkan semangat dalam diri aku dan masa tu lah aku cuba untuk bertatih memahami asbab-asbab dan mula redha dengan takdir yang tertulis untuk aku.. sedikit demi sedikit.. dan yaaa!!! akhirnya aku jatuh kembali.. aku tahu.. mungkin aku bukan hamba yang terbaik..


aku juga pernah tiba pada satu kemuncak yang aku dah malas nak fikirkan apa yang bakal terjadi pada masa depan.. masa depan yang makin jerebu pada pandangan aku.. aku lari kehulu kehilir.. dari satu hujung dunia ke hujung dunia yang sebelah lagi.. sampai aku penat.. dan satu hari, tuhan kirimkan aku satu lagi ilham," masalah tak akan selesai sampai bila-bila selagi kau tak cuba selesaikannya.. kau jangan risau kau tak ada masalah, sebab masalah memang AKAN SENTIASA MENCARI KAU!" .. dan dari situ, aku cuba bangkit dari rebah.. dengan pandangan mata orang-orang sekeliling yang semakin jengkel dengan aku.. kau ingat macamana aku nak berhadapan dengan semua mata-mata tu? pasti nya aku tersenyum.. dengan hati yang semakin bengkak dan bernanah menahan tangisan yang tak sudah-sudah..

aku sedar.. aku tak boleh pentingkan diri aku sendiri.. aku ada maruah yang perlu aku jaga... kemana-mana aku pergi, walaupun aku tak mahu palitkan arang ke muka mereka... aku terkadang lupa... aku membawa nama baik keluarga aku.. ayah aku terutamanya... setiap kali mengisi borang yang mempalit tahi ke muka aku, setiap kali itu aku akan menangis.. kerana aku terpaksa bawa bersama.. nama ayah aku yang tak bersalah :'((

aku tahu tak semua yang faham dan tak kurang yang akan salahkan aku balik..tapi, aku tak kan salahkan semua orang.. sebab tak semua dapat rasa apa yang aku rasa sekarang.. tak semua akan faham... tapi aku tahu, DIA sedang mengajar aku.. aku je yang selalu alpa...


2 comments:

  1. hmmm bila baca luahan leli, mcm terasa seolah2 kembali ke zaman masa buat master dulu.. lebih kurang sama walupun mungkin berbeza ujiannya.. hanya mampu berkata bertabahlah..walaupun akak tahu perkataan itu x mampu nak menyedapkan hati leli sekarang... akak pernah rasa dan lalui ape yg awak lalui.. akak tahu laili mampu..percaya ah..yakin dengan diri sendiri.. kuatkan azam.. walaupun kita dah jatuh berkali2,namun jika ada sedikit kekuatan dan keazaman, insyaAllah kita mampu bangkit.. Ingat lah keluarga.. Itu salah satu yang akan bantu utk kita bangkit.. abaikan kata2 dan pandangan org lain yg x membantu sikit pun...Dan akak pun harus bersedia utk menghadapi fasa yang sama sekali lg..bersama2 lah kita terus berjuang.. Allah sentiasa bersama kita dik...

    ReplyDelete
  2. maceh kakak.. sob3... tau xbaik nk persoal tulisan tuhan... tapi hati ni kadang2 dah xkuat nk hadapi semua..huhuhu

    ReplyDelete