aminkan doa saya ^^

2012: FINISHED MY MASTER BY MAY 2012

Tuesday, 5 February 2013

buka pekung didada sendiri :b


Sudah lama tidak berkata-kata mengikut rasa.. sampai terkadang sendiri jelek dengan masalah diri sendiri yang tak sudah-sudah…tentang dugaan yang bertimpa-timpa..tentang hati yang rapuh..tentang tuhan yang mengirim aku ke sini untuk mengenali Dia.. sungguh aku keseorangan dan memang tiada tempat lain untuk bergantung selain Dia..hanya Dia teman aku setiap saat..

Tapi hari ini bukan mengarang untuk mencurah rasa.. Cuma tiba-tiba rasa mahu merapu dan melupakan seketika masalah duniawi… buku baru ini rasanya sudah penuh dengan tulisan duka.. mari kita ‘warna’kan sedikit dengan tinta ceria :b

Ini kisah angan-angan aku..yang terfikir untuk dilakar disini..

Hari tu, dalam perjalanan aku ke sini, aku berborak dengan ‘teman’ mengenai persepsi kehidupan..tapi banyaknya tentang sudut pandang aku dan dia tentang jodoh ;b sungguh kami berbeza.. dia dan aku punya pandangan yang tak simetri.. gila tak gila punya sembang, perjalanan 5 jam serasa 5 minit berlalu :b Cuma.. satu ayat dia yang buat aku terkenang sampai sekarang;
“kau serius laili akan terima sesiapa saja yang masuk meminang kau? Walau kau tak pernah bertentang mata dengan ‘dia’? kau tak tahu senget benget mukanya…betul?”

Aku jawab sambil gelak;

“kenapa? Salah ke kalau macam tu? Sebab aku tak pernah jumpa sesiapa yang berani minta izin dengan mak ayah aku.. lagipun, cinta lepas kawin lagi indah..kan? ke tidak? :b “

“ikutkan syariat memang…Cuma sekarang aku rasa kau tak rasional…seperti kau pasrah dengan kehidupan kau… tak semua fantasi cinta berakhir dengan fairy tale.kau terlebih baca novel pada firasat aku :b hahahaha”

Jadi….soalannya… salah kah aku kalau aku memilih begitu? Kalau nak disenaraikan fantasi aku.. banyak..meh sini aku bocorkan rahsia :b hahaha


                   i.     syarat aku yang utama: kau harus jaga sembahyang.. tak kisah rupa kau kacak macam mana pun, kalau kau tak sayangkan tuhan kau, aku tak percaya kau boleh sayangkan aku… sebab itu, bila aku tengok orang yang aku minat, atau minat aku (hahahaa… bajetlah hot) semua sisi dari rambut kau berdye atau tidak, kau mesej aku time sembahyang jumaat…memang semua nak kena pangkah! ;b

       ii.            Kalau kau suka aku, aku rasa kau tak payah tanya aku.. kau mintak hati aku dari Tuhan melalui mak ayah aku.. sebab..aku ada reason yang kuat untuk ini…’aku susah nak suka orang, tapi kalau orang suka aku, tak susah untuk aku pujuk hati aku terima kau’ :b yang ini pon memang aku kena basuh dengan teman aku sebab sibuk nak mempertahankan pendapat aku. Dia hanya mampu cakap,”kau memang gila..kau sanggup perjudikan masa depan kau untuk sesuatu yang tak pasti!” aku jawab,”kalau semua yang aku berjaya pujuk hati aku untuk suka dengan susah payah, senang-senang untuk tinggalkan aku… kenapa aku tak boleh percaya dengan orang yang sanggup berjumpa mak-ayah aku dengan susah payah?” “kau memang  kecewa dengan kisah lama kau!” aku jawab dalam hati”SANGAT!!”

      iii.            AKU SANGAT SUSAH NAK MENGAKU AKU SUKAKAN ORANG TU… kau tanyalah kawan-kawan rapat aku…walaupun berbaldi air mata aku tumpah untuk orang tu, walaupun semua suka-sedih dia aku rasa, aku TAKKAN BAGITAU DIA YANG AKU SUKAKAN DIA! Aku nak simpan lafaz tu untuk suami aku aje..(tak tau la bila baru aku boleh sebut tu :b ) hahaha… aku harap, kau nanti cukup sabar untuk tunggu.. cukup kuat untuk tempuh semua ujian aku..sebab yang sebelum-sebelum ini, aku hampir-hampir untuk bagitau, tapi tuhan memang tak berikan kesempatan untuk aku lafazkan…ada-ada aje benda yang buatkan aku sedar, orang tu bukan kau! J
Errrr… aku rasa cukup setakat ni dulu kott…da pukul 11 dan aku kena bangun pagi-pagi buta esok :’((
Errr2… [:b] blame the period!!! Benda ni yang buat aku ada mood nak buat entry merapu ni :b hahahhaa


Kawan aku tu bagitau, aku jadi macam ni sebab depan aku, kisah cinta mak-ayah aku sangat indah! Semua yang terpampang depan aku semua sebijik cerita novel..  sebab tu aku fantasi aku tak relevan pada mata dia…sedangkan dia hanya nampak kisah tipikal sebuah perkahwinan yang mana suami adalah raja! Aku tak salahkan dia..kalau dia dalam situasi aku dan aku dalam situasi dia, mungkin pendapat kami berbeza… tapi mungkin jugak sebab dia pemilik gen XY, maka sudut pandangan kami adalah berserenjang! (aku cakap berserenjang sebab pada satu titik, sudut itu akan bertemu… bukan selari yang pasti tak kan bersetuju sampai bila-bila :b )

1 comment:

  1. adik manis.. xpe.. buat training awal2.. nnti senang nk g ober the sea..kakak mu ini hr tu setahun lebih x balik jumpe family.. dpt balik hr tu pun kejap je.. =( tp xpe la.. tu pun dah cukup bersyukur.. lepas ni x tahu la bile lagi boleh balik.. bersabar lah ye.. kita kene berkorban sedikit skrg..insyaAllah ganjaran yg manis akan menanti kita.. insyaAllah...memang mudah nak kata tp yg dah melalui dan merasa akan tahu ape itu rasa homesick.. ape2 pun tennag kan hati... sedapkan hati...itu je yg mmpu kita buat utk bg diri kita semangat.. memang kita ada family n kawan2.. tp kita la selalu harus menenangkn hati sendiri...tu yg penting... g semangat kt diri sendiri +semangat dr org lain.. kalau org lain bg semangat tp diri sendiri x semangat pun x jalan... ape2 pun wish u all da best...

    ReplyDelete