Dalam setiap perjalanan manusia
itu ada turun dan naiknya yang tersendiri.. dan aku, sebagai manusia biasa
pernah berada pada tahap yang di atas itu dan sekarang sedang berada di titik
yang paling bawah itu.. titik di mana hampir kebanyakan manusia disekeliling sedang mengutuk dan mengata aku
(sama ada secara terang atau dengan pandangan sinis terhadap aku), yang setiap
perbuatan aku pada masa dulu dan sekarang dihakimi tanpa pernah bertanya dan
cuba memahami kenapa dan mengapa, dimana ada sesetengah kawan yang telah menunjukkan belang dengan nyata
untuk betray kepada aku..tapi aku
diamkan sahaja dulu (walaupun aku dah sedar benda ni lama dah, cuma sengaja
buat-buat tak nampak dan akhirnya aku yang tertikam secara sedar)..
Keputusan perbicaraan? Secara hitam-putihnya
masih belum ada keputusan yang rigid..sedang menunggu panggilan hukuman gantung
lebih senang untuk difahami mungkin..
Projek yang aku usahakan dengan
air mata dan modal sendiri yang bukan sedikit aku kira (hampir RM10K modal yang
aku gunakan dalam usaha bermati-matian aku cuba untuk menghabiskan pengajian
ini), dikutuk dan dipijak oleh orang-orang besar yang ‘menjalankan tugas’
mereka..
“projek awak ni macam taraf FYP
je saya tengok!”
Apa perasaan kau kalau kau di
tempat aku? Dengan kewangan yang makin terdesak (saving aku habis untuk siapkan
research aku), gaji yang dijanjikan TIDAK akan dibayar, masih tiada pekerjaan
untuk menghadapi kehidupan untuk sekurang-kurangnya 3 bulan kehadapan, hanya
mengharapkan ihsan ayah aku yang dah pencen untuk sesuap nasi.. bila kau dengar
ayat kat atas tu, tak kau rasa hancur luluh perasaan, tak berbaloi semua
pengorbanan yang kau lakukan selama ni???
Sedih? Siapa yang tidak bersedih
bila dicampakkan ujian sebesar ini? Alhamdulillah..sekurang-kurangnya aku masih
ada kasih sayang tuhan dan keluarga.. pada saat aku sedang dipijak begini,
masih ada sekelumit sahabat yang memanggil aku untuk mengingati tuhan..
“sabar laili..ingat..tuhan tak
akan uji kalau kita tak mampu..ada sesuatu yang disediakan dihadapan yang pada
suatu hari kau akan bersyukur kerana dicampak batu sebesar ini dari tuhan.”
“tak pe laili..teruskan
perjalanan ni..sekurang-kurangnya kita sama-sama beusaha untuk habiskan
pengajian kita ni…lepas ni, carilah
kerja lain..bukan ‘diorang’ yang pegang rezeki kita..tuhan yang susun rezeki
kita..ingat tu yang paling penting”
Dan sebenarnya, aku rasakan tuhan
yang sedang berkata-kata dengan aku :’)
Yang... InsyaAllah, semua dugaan ini akan dapat dilalui dengan SABAR dan TABAH dengan pertolongan daripada Yang Maha Esa... Jangan putus harapan, kerana DIA ingin mendengar rintihan hamba-NYA setiap kali DIA menduga.... Be strong...
ReplyDeletebegitu besar dugaan dan ujian laili.. tp moga laili tetap bersabar dan berusaha untuk meneruskan perjuangan dan perjalanan hidup. mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku.. kita tak tahu perancangan Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.. InsyaAllah..
ReplyDeleteapa2 pun ingat lah kak ira sentiasa ada dibelakang utk menyokong laili.. kalau ada apa2 jgn segan2 cr saya =)
Ganbatte laili chan