aminkan doa saya ^^

2012: FINISHED MY MASTER BY MAY 2012
Showing posts with label kosong. Show all posts
Showing posts with label kosong. Show all posts

Friday, 29 March 2013

kenyataan hidup


Jobless..hopeless.. speechless….

Bagi aku sikit masa untuk bertenang..
Dan terima kenyataan..

Hidup ni bukan macam main permainan video..
ada banyak nyawa..
Kalau dah ‘game over’ boleh restart semua benda
Belajar dari kesilapan
Dan tentu kau akan menang permainan tu satu hari nanti

Tapi realiti…
Nyawa kau hanya satu
Tiada reset atau restart button
Kau boleh belajar dari kesilapan
Tapi kau takkan pernah tahu, adakah kau akan berjaya membetulkan semua cacamarba kehidupan kau yang tunggang langgang

Hanya mampu berserah pada tuhan
Dan yakin semua ini ada hikmahnya
Serta berdoa aku  mempunyai kekuatan yang cukup untuk menghadapi semua ini

Kalau mengalah tak mampu mengubah apa-apa
Tak salah rasanya untuk teruskan perjuangan
Walaupun kau tak pernah nampak sinar kemenangan
Tapi sekurang-kurangnya kau dah berusaha
Kan?

Monday, 11 June 2012

errkk

rasa nak nanges n nervous..
nak nanges tak tau pasai pa..
yang nervous tu tau la pasai pa -_-"

Wednesday, 11 April 2012

memilih??

nak denial mcm mana lagi...
dah tuhan pon memang bagi kuasa untuk memilih..
of kos akan pilih..
nak tak nak...
tak sikit, banyak..
memang kena pilih..


sebab kau dah jumpa dulu..
tak payah la nak cakap kat orang
"awak tu memilih sgt"
in the first place...
sebelum kau dengan dia pon..
kau pilih jugak dari ramai2 kan?

bezanya..
kau jumpa pilihan kau lagi awal dari aku...
tak pulak aku persoalkan
kau yang jumpa pilihan lambat dari kawan2 yang lain..
kan?


p/s: cepat atau lambat tak mendifinisikan kebahagiaan kita... tak guna bermegah dengan cepatnya jumpa tapi derita di tengah jalan.. lebih elok terlambat SEDIKIT tapi bahagia sampai hujung nyawa.... kan? 

Thursday, 22 December 2011

disember

masa yang berlalu...
kadang2 kita dihanyutkan oleh diri kita sendiri yang sering cuba lari dari masalah.
walaupun pada hakikatnya kita sedar... semakin jauh kita cuba berlari dari masalah itu, semakin dekat ia menghampiri kita...

kegembiraan yang seketika itu mungkin menatijahkan sebuah penyesalan y sia2 sampai bila2 (nauzubillah).. en. papa selalu berpesan," gembira itu biar berpada2..nnt sakitnya x terlalu terasa" & "buatlah sesuatu sementara masa ini masih ada.. bila tersedar dihujung waktu, menangis air mata darah pun xkan merubah ap2"

dan apa yang selalu saya pesan pada diri saya,
ya...hidup ini pergantungannya hanya pada ALLAH.. tp DIA ad memberitahu dalam surat cintanya kepada kita semua...
"aku tidak akan mengubah nasib hamba2 ku.. kecuali org2 y berusaha dan berdoa"

dimana saya? di mana kita???? disember hampir ke penghujungnya..tp aku masih disini... mencari sebuah diri yang hilang -_-"

Wednesday, 13 April 2011

lost

banyak rasa
banyak cerita
banyak peristiwa
n of course
BANYAK KERJA

hilang identiti
nanti cerita semua
suka-duka

ohh..yee..ini blog saya..xmengharap sesiapa terjumpa atau ada followers..hanya diari hidup saya untuk mengenang nasib diri sendiri