aminkan doa saya ^^

2012: FINISHED MY MASTER BY MAY 2012

Thursday, 7 March 2013

dulu...

jeles tengok orang lain bangun pagi-pagi
terus bersiap pegi keja..
sedangkan aku...
bangun lagi pagi
tapi tak tau nak buat apa...
cakap dalam hati
"bagusnya kalau macam dia...bukak mata, terus ada tujuan..aku ni?"

lalu tuhan bagi.
kena bangun lagi pagi dari dulu
bukak mata terus terkejar sini sana
sampai lupa apa rasa
bangun lebih pukul 6.30 pagi...

dulu...
hidup tak la senang mana
tapi selesa
bahagia tu dalam hati
apa pandang harta dunia
makan-pakai semua LEBIH dari cukup
(sekurang-kurangnya aku yang rasa macam lebih dari cukup)..
tempat cari makan dengan laman ayah bonda
setakat 3 jam
apadehalll
wa boleh rempit sampai goyang lutut derrr...

tapi manusia mana kenal erti syukur
gatal nak cabar diri sendiri
6 bulan terasa bahagia
nak masuk setahun dia dah mula
"bosan..hidup ini bosan...sampai bila aku nak terus hidup dalam kitaran? hidup ini perlukan cabaran.."

NAH...AMBIK!!!!
tuhan baru ambik sikit...
kau dah gelabah tak cukup tanah
meratap macam esok nak mati
baru tuhan uji SIKIT..
kau melalak macam tuhan ambik semua

mari sini aku tanya satu.
pernah kau menangis sampai kering air mata kau?
bukan sebab mintak nikmat dunia dari tuhan
tapi sebab kenang dosa kau dari mula malaikat start bukak buku log
sampai saat kau sedut udara yang percuma sekarang
semata-mata kerana itu
kau pernah?

aku tak perlukan jawapan..
tapi aku mahu kau renungkan
tidakk..
aku tak kata pada kau
tapi aku tanya diri aku sendiri

sekarang
tak malu ke kau nak meminta dengan tuhan?
sedangkan keampunan yang memang Dia janjikan kau tak pernah mintak
tapi lupa nak kira nikmat dunia yang Dia dah bagi
tak pernah mintak bayaran...

p/s: kerja dunia kena pandang orang lagi susah...kerja akhirat sila pandang orang lagi hebat! ingat diri!



2 comments:

  1. i agree leli..thanks dia atas peringtan itu..:)

    ReplyDelete
  2. huhuhu... marah kat diri sendiri sebenarnya :P hehehe.. tp kalau ad manfaat utk org lain..anggap je lah saham sy 'kat sana' :)

    ReplyDelete