Sudah lama tidak berkata-kata mengikut rasa.. sampai
terkadang sendiri jelek dengan masalah diri sendiri yang tak sudah-sudah…tentang
dugaan yang bertimpa-timpa..tentang hati yang rapuh..tentang tuhan yang
mengirim aku ke sini untuk mengenali Dia.. sungguh aku keseorangan dan memang
tiada tempat lain untuk bergantung selain Dia..hanya Dia teman aku setiap
saat..
Tapi hari ini bukan mengarang untuk mencurah rasa.. Cuma tiba-tiba
rasa mahu merapu dan melupakan seketika masalah duniawi… buku baru ini rasanya
sudah penuh dengan tulisan duka.. mari kita ‘warna’kan sedikit dengan tinta
ceria :b
Ini kisah angan-angan aku..yang terfikir untuk dilakar
disini..
Hari tu, dalam perjalanan aku ke sini, aku berborak dengan ‘teman’
mengenai persepsi kehidupan..tapi banyaknya tentang sudut pandang aku dan dia
tentang jodoh ;b sungguh kami berbeza.. dia dan aku punya pandangan yang tak
simetri.. gila tak gila punya sembang, perjalanan 5 jam serasa 5 minit berlalu
:b Cuma.. satu ayat dia yang buat aku terkenang sampai sekarang;
“kau serius laili akan terima sesiapa saja yang masuk
meminang kau? Walau kau tak pernah bertentang mata dengan ‘dia’? kau tak tahu
senget benget mukanya…betul?”
Aku jawab sambil gelak;
“kenapa? Salah ke kalau macam tu? Sebab aku tak pernah jumpa
sesiapa yang berani minta izin dengan mak ayah aku.. lagipun, cinta lepas kawin
lagi indah..kan? ke tidak? :b “
“ikutkan syariat memang…Cuma sekarang aku rasa kau tak
rasional…seperti kau pasrah dengan kehidupan kau… tak semua fantasi cinta
berakhir dengan fairy tale.kau terlebih baca novel pada firasat aku :b hahahaha”
Jadi….soalannya… salah kah aku kalau aku memilih begitu? Kalau
nak disenaraikan fantasi aku.. banyak..meh sini aku bocorkan rahsia :b hahaha
i. syarat aku yang utama: kau harus jaga
sembahyang.. tak kisah rupa kau kacak macam mana pun, kalau kau tak sayangkan
tuhan kau, aku tak percaya kau boleh sayangkan aku… sebab itu, bila aku tengok
orang yang aku minat, atau minat aku (hahahaa… bajetlah hot) semua sisi
dari rambut kau berdye atau tidak, kau mesej aku time sembahyang jumaat…memang
semua nak kena pangkah! ;b
ii.
Kalau kau suka aku, aku rasa kau tak payah tanya
aku.. kau mintak hati aku dari Tuhan melalui mak ayah aku.. sebab..aku ada
reason yang kuat untuk ini…’aku susah nak suka orang, tapi kalau orang suka
aku, tak susah untuk aku pujuk hati aku terima kau’ :b yang ini pon memang aku
kena basuh dengan teman aku sebab sibuk nak mempertahankan pendapat aku. Dia hanya
mampu cakap,”kau memang gila..kau sanggup perjudikan masa depan kau untuk
sesuatu yang tak pasti!” aku jawab,”kalau semua yang aku berjaya pujuk hati aku
untuk suka dengan susah payah, senang-senang untuk tinggalkan aku… kenapa aku
tak boleh percaya dengan orang yang sanggup berjumpa mak-ayah aku dengan susah
payah?” “kau memang kecewa dengan kisah
lama kau!” aku jawab dalam hati”SANGAT!!”
iii. AKU SANGAT SUSAH NAK MENGAKU AKU SUKAKAN ORANG
TU… kau tanyalah kawan-kawan rapat aku…walaupun berbaldi air mata aku tumpah
untuk orang tu, walaupun semua suka-sedih dia aku rasa, aku TAKKAN BAGITAU DIA
YANG AKU SUKAKAN DIA! Aku nak simpan lafaz tu untuk suami aku aje..(tak tau la
bila baru aku boleh sebut tu :b ) hahaha… aku harap, kau nanti cukup sabar
untuk tunggu.. cukup kuat untuk tempuh semua ujian aku..sebab yang
sebelum-sebelum ini, aku hampir-hampir untuk bagitau, tapi tuhan memang tak
berikan kesempatan untuk aku lafazkan…ada-ada aje benda yang buatkan aku sedar,
orang tu bukan kau! J
Errrr… aku rasa cukup setakat ni dulu kott…da pukul 11 dan
aku kena bangun pagi-pagi buta esok :’((
Errr2… [:b] blame the period!!! Benda ni yang buat aku ada
mood nak buat entry merapu ni :b hahahhaa
Kawan aku tu bagitau, aku jadi
macam ni sebab depan aku, kisah cinta mak-ayah aku sangat indah! Semua yang
terpampang depan aku semua sebijik cerita novel.. sebab tu aku fantasi aku tak relevan pada
mata dia…sedangkan dia hanya nampak kisah tipikal sebuah perkahwinan yang mana
suami adalah raja! Aku tak salahkan dia..kalau dia dalam situasi aku dan aku
dalam situasi dia, mungkin pendapat kami berbeza… tapi mungkin jugak sebab dia
pemilik gen XY, maka sudut pandangan kami adalah berserenjang! (aku cakap
berserenjang sebab pada satu titik, sudut itu akan bertemu… bukan selari yang
pasti tak kan bersetuju sampai bila-bila :b )