aminkan doa saya ^^

2012: FINISHED MY MASTER BY MAY 2012

Friday, 29 March 2013

kenyataan hidup


Jobless..hopeless.. speechless….

Bagi aku sikit masa untuk bertenang..
Dan terima kenyataan..

Hidup ni bukan macam main permainan video..
ada banyak nyawa..
Kalau dah ‘game over’ boleh restart semua benda
Belajar dari kesilapan
Dan tentu kau akan menang permainan tu satu hari nanti

Tapi realiti…
Nyawa kau hanya satu
Tiada reset atau restart button
Kau boleh belajar dari kesilapan
Tapi kau takkan pernah tahu, adakah kau akan berjaya membetulkan semua cacamarba kehidupan kau yang tunggang langgang

Hanya mampu berserah pada tuhan
Dan yakin semua ini ada hikmahnya
Serta berdoa aku  mempunyai kekuatan yang cukup untuk menghadapi semua ini

Kalau mengalah tak mampu mengubah apa-apa
Tak salah rasanya untuk teruskan perjuangan
Walaupun kau tak pernah nampak sinar kemenangan
Tapi sekurang-kurangnya kau dah berusaha
Kan?

Tuesday, 19 March 2013

mari belajar v.1 :P

sebab tadi rasa bodoh gila nak buat histogram pakai excel, pastu tetiba tingggg!!! mudahnya :P hehehe..
meh sini nak share (walaupon orang lain da lama tau :P hahahhaa)

meh sini nak share macamana nak buat histogram dengan standard deviation/standard error kalau kat dalam excel...

kalau dalam keadaan biasa, kita tak kan nampak ikon

sebelum anda melakukan seperti perkara yang akan diberitahu kemudian :P hehehe

cuba bukak excel anda jika tidak mempercayai saya! :P hahahahaa...

tapi..
selepas anda mengikut langkah-langkah ini :), sonang baii tuuuu... main klik2 sajoooooo... :)

ok..saya tau semua ni senang jee...tapi sebab saya nyanyuk sebab tu upload kat sini, senang nak refer balik kalau saya lupa lagi :P

errrrr.. tapi masalahnyaaa...
lepas dapat graf ni, saya tak tau dah amenda nak conclude..ada sapa2 boleh bantu? *insert muka-comel-here :P hahhahaa*


Monday, 18 March 2013

tinggg!!!

kahwin apabila kau jumpa dengan seseorang yang
bila kau pandang dia
teruss
TINGGGG!!!!!!!!!!!!!
i want to take care of him/her
the only halal way to do it is by marrying!
:)

and it needs two to tango!
kalau salah sorang je yang rasa
itu perasan namanya! :P
hahhaaa
(laughing at myself -__-" :P )



p/s : baru aku sedar rupanya selama ni aku tak pernah jumpa lagi orang yang buat aku rasa macam tu :P

pheewwww

banyak sangat ilmu gelap
sampai aku pon da kompius
huhuhu

Wednesday, 13 March 2013

alhamdulillah :)

mendengar celoteh mama yang tak berhenti-henti telah membocorkan paip air mataku..
mendengar riuh mama yang sudah lama kami tunggu menggamit syahdu yang cuba ditahan...
mama sudah mampu makan seperti normal
sebelum ini hanya mampu menelan oat..
berminggu-minggu...

mendengar betapa gembiranya suara mama kerana sudah mampu merenung pepohon di halaman rumah kami..
dia sendiri yang meminta untuk bangun dan melihat segala pemandangan
yang sudah berbulan tak sempat dihayati


terima kasih tuhan....
aku tahu Engkau mendengar segala rintihan kami :')

Tuesday, 12 March 2013

kasut

tadi baca blog orang... dia dok cerita beli kasut kat anak..tgk gambar..alllaaaa...koyak ckit je pooonn.. pastu gelak sensorang teringat pengalaman lama...

***********************************************************
aku ni dalam keluarga sederhana..tak de la orang senang..tapi tak la sampai susah tak cukup makan..berlebih makan lagi dok ada :P hahahaa...

latar masa : hujung 90-an nak masuk zaman millenium
rumah       : quarters kerajaan tempat jin bertendang
adik beradik : baru 4 orang masa tu...tak tau pulak nak ada 5 beradik

dari sekolah rendah, aku selalu sematkan dalam hati aku..aku bukan anak orang senang..aku kena belajar rajin-rajin..adik beradik ramai (ramai la sangat kalau setakat 4 orang tu :P )


masuk sekolah menengah, ,sekolah yang ada anak orang-orang kaya..anak sultan pon sekolah kat sini! :)
tapi aku masih dengan fikiran aku yang lama..nasib baik aku tak terpengaruh nak berlagak macam orang kaya...

baju sekolah, selagi tak senteng, selagi tak 'naik pangkat' memang baju tu lah yang aku pakai.. boleh bilang kottt bape pasang je baju sekolah aku time tu.. jangan cerita la bape banyak 'taik lalat' kat lengan baju aku..tak pe..apa guna penat-penat orang cipta clorox kennnn? :P hahhaa...beg sekolah, sepanjang 5 tahun tu, ada la 2 bijik kooott.... yang sebijik dari form 1 sampai form 3 pon recycle yang darjah  6 punya!! punya la low maintainance :P hehehe..

ni nak masuk topik ni..(punyaaa la panjang intro :P hahaha).. kasut aku memang awal tahun je beli..kalau rosak 2-3 bulan lagi nak cuti tu, memang aku belasahh je...lantak la nak koyak sampai nampak 5 jari pon... asal masuk kelas, boleh belajar...sudeehhh...asal result elok..itu dah cukup bagus! :)

sampai la satu hari...

aku pegi hantar buku kat bilik guru..lepas tu, ada sorang ustazah ni (tak ingat dah sape :P ) tahan aku..tanya .. "tu kasut sape tu?" aku pon senyum la..dengan bangganya jawab,"kasut saya!" *senyum* "jom masuk dalam..ada benda saya nak bincang dengan awak" ustazah tu reply..

nak tau ustazah tanya apa????
-awak dok mana?
-mak ayah keja apa?
-adik beradik bape orang?
-adik-adik sekolah kat mana

mula-mula aku yang pelik ...
tapi lepas interview, ustazah pulak yang pelik...
-bukan anak orang susah sangat pun
-adik beradik pon takde la ramai sangat...(bukan belas-belas orang la :P )
tapi APSAL PAKAI KASUT KOYAK?






































hahahhaaa...
aku tak tau nak jawab apa kat ustazah tu :P








































rupa-rupanya ustazah tu interview sebab nak masukkan nama aku dalam senarai penerima biasiswa (kalau layak :P ) masalahnya memang tak layak! :P hahahahaa






tapi aku tengok, yang termasuk dalam senarai biasiswa tu macam lagi tak layak dari aku... siap tempah baju baru lagi setiap kali nak g kursus..betul-betul layak ke kalau macam tu? hmmm..  tapi tu semua fikiran aku yang budak-budak dulu la... sekarang ni? tak pe...semua orang tuhan bagi rezeki dengan adil :)


Sunday, 10 March 2013

tentang bulan iii

setelah drama-drama sebelum perjumpaan.. akhirnya..pukul 8.30 MALAM.. finally we met! after so long of no news.. saya yang tenang tiba2 dilanda kecuakan.. keluar MALAM dengan SUAMI ORANG tanpa PENGETAHUAN ISTERINYA... apakah yang sedang saya lakukan ini...

tapi hati jahat saya berbisik.. bukan saya yang memulakan.. dia yang mengajak.. maka saya teruskan perjalanan ini.. huhuhu

 memakai baju warna kegemaran saya..memandu kereta dengan warna impian saya...dia masih sama.. tak banyak yang berubah..yang berubah hanyalah rasa.. rupanya banyak sisinya selama ini yang tak saya sedar.. tak pernah saya tahu, kami punya warna kegemaran yang sama... citarasa yang hampir sama.. tapi semalam juga saya mula terpandang titik-titik perbezaan antara kami..

perjumpaan itu biasa-biasa sahaja.. kami lebih banyak memfokus kepada anaknya.. saya juga tidak berani untuk terlebih tanya..bimbang akan terjentik rasa.. tercalar luka.. 

usai perjumpaan... saya hanya doakan semoga dia bahagia dengan keluarganya..sampai bila-bila.. tanpa perlu ada saya lagi dalam cerita hidupnya...

mungkin apa yang perlu dalam sebuah perpisahan adalah kerelaan untuk melepaskan.. hati yang jujur untuk menerima semua takdir tuhan.. saya tahu this is easier said than done.. tapi percayalah.. rembeskanlah semua air matamu.. ambillah berapa lama masa yang kamu perlu untuk melupakan... jangan berhenti berdoa semoga Dia membuka hati kamu untuk memaafkan dan menerima.. insya Allah..walaupun saya tak tahu berapa lama masa yang akan kamu ambil, tapi percayalah... kemaafan itu sangat berharga! :')