aminkan doa saya ^^

2012: FINISHED MY MASTER BY MAY 2012

Saturday, 20 July 2013

yeaayyyy!!!!!!!!!????

Dalam setiap perjalanan manusia itu ada turun dan naiknya yang tersendiri.. dan aku, sebagai manusia biasa pernah berada pada tahap yang di atas itu dan sekarang sedang berada di titik yang paling bawah itu.. titik di mana hampir kebanyakan manusia  disekeliling sedang mengutuk dan mengata aku (sama ada secara terang atau dengan pandangan sinis terhadap aku), yang setiap perbuatan aku pada masa dulu dan sekarang dihakimi tanpa pernah bertanya dan cuba memahami kenapa dan mengapa, dimana ada sesetengah kawan  yang telah menunjukkan belang dengan nyata untuk betray kepada aku..tapi aku diamkan sahaja dulu (walaupun aku dah sedar benda ni lama dah, cuma sengaja buat-buat tak nampak dan akhirnya aku yang tertikam secara sedar)..

Keputusan perbicaraan? Secara hitam-putihnya masih belum ada keputusan yang rigid..sedang menunggu panggilan hukuman gantung lebih senang untuk difahami mungkin..

Projek yang aku usahakan dengan air mata dan modal sendiri yang bukan sedikit aku kira (hampir RM10K modal yang aku gunakan dalam usaha bermati-matian aku cuba untuk menghabiskan pengajian ini), dikutuk dan dipijak oleh orang-orang besar yang ‘menjalankan tugas’ mereka..

“projek awak ni macam taraf FYP je saya tengok!”

Apa perasaan kau kalau kau di tempat aku? Dengan kewangan yang makin terdesak (saving aku habis untuk siapkan research aku), gaji yang dijanjikan TIDAK akan dibayar, masih tiada pekerjaan untuk menghadapi kehidupan untuk sekurang-kurangnya 3 bulan kehadapan, hanya mengharapkan ihsan ayah aku yang dah pencen untuk sesuap nasi.. bila kau dengar ayat kat atas tu, tak kau rasa hancur luluh perasaan, tak berbaloi semua pengorbanan yang kau lakukan selama ni???

Sedih? Siapa yang tidak bersedih bila dicampakkan ujian sebesar ini? Alhamdulillah..sekurang-kurangnya aku masih ada kasih sayang tuhan dan keluarga.. pada saat aku sedang dipijak begini, masih ada sekelumit sahabat yang memanggil aku untuk mengingati tuhan..

“sabar laili..ingat..tuhan tak akan uji kalau kita tak mampu..ada sesuatu yang disediakan dihadapan yang pada suatu hari kau akan bersyukur kerana dicampak batu sebesar ini dari tuhan.”

“tak pe laili..teruskan perjalanan ni..sekurang-kurangnya kita sama-sama beusaha untuk habiskan pengajian kita  ni…lepas ni, carilah kerja lain..bukan ‘diorang’ yang pegang rezeki kita..tuhan yang susun rezeki kita..ingat tu yang paling penting”


Dan sebenarnya, aku rasakan tuhan yang sedang berkata-kata dengan aku :’) 

Wednesday, 17 July 2013

dugaan, ujian.... atau harapan?

selepas berminggu-minggu penantian untuk berjumpa dekan, finally ramadhan ke 8 ni, dapatla jugak bertentang mata berjumpa dengan dia yang hanya tau nama dan dengar desas desus cerita orang je yang dia tu 'jenis' macamana....

alhamdulillah...masa kami masuk tadi, mood dia ok je..siap senyum2 lagi.. tapi keputusan apabila keluar dari bilik tu tak mampu nak buat aku senyum.. nak nanges (memang dah nanges pon :P ) .. mungkin patut rasa kecewa, tapi sebenarnya aku lega..sekurang-kurangnya aku dah boleh teruskan langkah aku untuk 10-20 tahun akan datang..dah kena mula  berusaha untuk kehidupan sehingga ke hujung itu..sebab .. hidup aku, bukan untuk cukup makan 2-3 bulan ke hadapan je... huhuhu

so, pilihan yang aku ada sekarang ;

  1. siapkan thesis, submit dan sambung PhD                                                                                           - risiko : TIDAK DIBAYAR GAJI HINGGA MEMULAKAN PENGAJIAN PhD
  2. siapkan thesis, submit dan blah dari tempat keje sekarang                                                                     - risiko : sekurang-kurangnya 3 bulan tanpa gaji dan berusaha cari kerja kat tempat lain dan mulakan                 hidup baru 
kau rasa? dengan aku yang hanya ada semangat cukup-cukup makan untuk menghabiskan master ni akan proceed ke dengan sakit kepala nak sambung PhD? aku rasa, perjalanan pengajian aku cukup lah sampai master je... aku tak larat dah nak mengulangi hidup yang sama macam sekarang.. 

cuma aku kecewa sebab tak de keje lagi masa tau keputusan ni..hahahhaa (boleh? :P) mungkin kawan-kawan kat sini salah faham..diorang ingat aku akan give up master aku..tapi insya allah..sampai saat ni, aku masih tekad untuk habiskan perjalanan aku yang satu ni.. Tuhan, berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini... 

tapi macamana pun, esok ada 1 lagi hari perhitungan yang sangat penting..perjumpaan dengan tnc... (dah la pukul 2.30, aku baru ingat nak cabut awal balik kg esok :P hahhaha).. harap-harap air mata aku tak tumpah depan tnc..cukup la meraung depan kawan-kawan je.. huhuhu

Sunday, 7 July 2013

tak habis2 dgn masalah :P

i live no princess' life.. neither have a fairy tale stories nor sweet dreams that'll make me feel like not waking up.. i live a real life.. where obstacles is a must and happiness is a reward.. life is about struggling and a little second of paying off time..next?? the struggles are smiling just right there.. respecting you to feel the split second of happiness... and waiting patiently to meet you next :'(

dugaan masih mendatang... dan tak tahu bila akan berpenghujung.. tapi aku masih cuba untuk mempertahankan senyuman aku bila berdepan dengan ayahanda dan bonda..

hidup memang masih indah..kerana kita yang perlu mencipta bahagia.. walaupun jauh di sudut hati aku masih berduka... walaupun mungkin ada yang berkata, "u smile, u laugh, like u don't have any probs".. i'll answer (deep in my heart) , " becoz u won't understand my tears, so let's just laugh together.. i'll share the bitterness with whoever will understand"

yang aku tahu dan aku harap..buat masa ini dan masa-masa akan datang, aku cukup kuat untuk habiskan perjalanan yang berliku ini..walau apa pun natijahnya di masa hadapan..aku hanya mahu teruskan perjalanan..kerana (dengan harapan) aku masih mengharapkan keajaiban di hujung perjalanan ini.. sebagaimana watak-watak jahat tiba-tiba timbul dalam lintasan perjalanan aku yang masih panjang ini, tangan-tangan kecil yang dengan tidak disangka-sangka menghulurkan bantuan di saat aku buntu.. ya..aku masih percayakan keajaiban itu..aku masih bersangka baik dengan tuhan...

Tuesday, 2 July 2013

mampukah sang penyu mengguris untuk kesekelian kalinya?

perrgghhh!!!!!! tajuk kalau tak drama queen sangat boleh tak? hahhaa..

is currently in negeri penyu untuk urusan lapor diri..tapi status still hanging sebab dekan takde kat fakulti sampai 14hb ni (koottt...) huhuuuhuu... setakat hari ini (hingga saat ini) kena lapor diri, tapi kalau dekan balik dan bertegas aku tak diperlukan kat sini, kenalah aku tapau (barang-barang yang tak seberapa tu :P ) ..

kalau ikutkan stress sape la yang tak stress dengan kena merempat lama-lama rumah orang.. kalau kejap-kejap tu takpe la lagi.. tapi sampai saat ini aku masih mampu hidup dengan aura positif ni..

ok la..line tak bape clear..nanti ada can aku celoteh lagi :P hahhaa