aminkan doa saya ^^

2012: FINISHED MY MASTER BY MAY 2012

Saturday 16 July 2011

ralat

saya sedih..
disaat saya cuba lakarkan senyuman
di wajah kedua ayahanda dan bonda di desa
kenapa ada suara-suara busuk sibuk mempersoalkan setiap perbuatan saya?

di saat ayahanda dan bonda baru hendak tersenyum
ada suara-suara kotor
meludah di telinga mereka
sampai mereka tak sempat untuk menggaris senyuman itu

saya sedih
setiap kali mendengar aduan bonda
keluh kesah ayahanda mengenang setiap perbuatan mereka
sedang kami memang sentiasa berusaha untuk menjernihkan yang keruh

dah bertahun luka ini saya pendam
dah lama saya jeruk semua tangisan
dah lama saya telan semua rasa tak puas hati
kerana baiknya ayahanda
masih berpesan kepada kami
"derhaka itu jangan sekali"
kerana itu kami pendamkan semua

tapi semalam
luka yang dibalut itu ditoreh sekali lagi
dah lama saya berdiam
saya dah tak tahan
nak anggap saya derhaka?
silakan..
kamu yang mulakan dulu

"orang tak pernah susahkan sesiapa..kalau nak ikut mulut manusia memang tak pernah berhenti bercakap..tapi masa family orang susah ada sape ke yang tolong orang? asalkan orang tak susahkan sesiapa..itu dah cukup"

itu ayat paling manis yang boleh saya bagi... nak terasa? silakan!!!! kamu yang jolok sarang tebuan ini dahulu..saya dah tak larat keluarga saya dikeji!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment