aminkan doa saya ^^

2012: FINISHED MY MASTER BY MAY 2012

Thursday, 15 May 2014

long silence?

he3.. sori2.. mcm2 benda berlaku dalam hidup ni..ups and downs..tapi takde semangat nak mencorat-coret kat sini :p he3.. ari ni dah kali ke-2 naik cari supervisor tapi dia takde.. haaaaiihh...dah la nak jumpa dia kena mengumpul kekuatan dan semangat yang padu..dah dapat semangat , dia pulak tarakk..haiiihh la nassiiibbbb :p

ok lah..sementara masih bersemangat waja ni..marilah kita menghapdet blog :p waha3.. haaa..gelak la banyak-banyak..tak elok tauuu..wuwuwuwuwuu ..

apa yang dah jadi? hmmmm.. .alhamdulillah... awal bulan 1 hari tu supervisor offer jadi RA dia.. kira setel 1 masalah duniawi.. tak yah pening-pening pasal duit buat satu jangka masa yang akan ditentukan kemudian..ngaha3... masalahnya kena buat research lain yang takde kaitan langung dengan aku punya study... macam hazab jugakla..dengan pengetahuan autocad yang cetek macam longkang, dengan tak minatnya, dengan serabut thesisnya....but...hidop mesti terus! things turn out well.. bulan 2 ada sorang RA lagi masuk..bagus la jugak...ringan keje gue.. ngaha3... alhamdulillahhhh :)

tapi...tuhan dah janji..hidup tak selalunya indah..langit tak selalu cerahhh... lalalla~ :p RA baru tu dah dapat keje and tinggal la aku terkontang-kanting balik dalam lab ni sensorang..dah 2 minggu..1 design pun aku tak lukis.. gaggagaaa -____-" mood nk blah dari sini berkobar-kobar...nak cepat-cepat abeskan study.. lantak ah nak kena maki punnn..ho3..

malas la pulak nak cerita benda-benda sedih-sedih...serabut-serabut...waha3...  2 bulan lepas adik laki kawen.. kena langkah bendul..boooooo!!!! tak dapat nak balik masa akad nikah dia sebab baru masuk keje katanya.. tak berani nak buat perangai apply2 cuti :P he3... tapi pegi la masa reception belah pompuan tu :)

3/5 hari tu reception belah kitorang pulak...penat seeeehhhhhh.... lembik seluruh badan.. glams jap mak, nyah..jadi minah rempit tukang gi kedai beli barang-barang yang tak cukup...dok angkut ais maksimum 2 guni (?) yang besar-besar tu ngan moto... sampai mak cik kedai tanya.."kat umah takde yang laki ke? kamu je dok kulu kilir ni" he3... rilek mak cik.. "yang lakinya kawin..tak kan nak merempit pulokk..lagi pun banyak lagi keje-keje berat yang lain kat umah tu..lagi pun angkut ais je ponnn...naik moto...bukan jalan kaki" :) he3...

ehhh..tapi sebenarnya tulis panjang-panjang ni bukan nak cite pasal tu... nak cite pasal lain :p he3.. ari tu dekat seminggu sakit kat dalam mulut.. tak leh nak makan pedas-pedas sangat..stok sampai sambil makan, sambil nanges pejam-pejam mata laa... kununnn menikmati laaa..tapi.. sebenarnya sakiiiiiittt gila tapi still nak melantokkk :P ha3..

yang sengalnya boleh pulak masa balik kampung ari tu gi belek-belek gigi depan papa..pastu tanya, "pa, orang rasa gigi orang makin jongang la..payah nak makan..acu tengok ..ye ke dok" sambil dok kelebet gigi.. papa sengeh je..malas nak layan.. :p ha3... tapi dalam ati sebenarnya dok pikir,"boleh ke tetiba jadi jongang? bukan kalau jongang  dari kecik ke?" -________-"

bangun pagi esok..terus dapat ilham..kelebet mulut... pastu gelak sensorang.. bongekkk punya pompuan..ulser la weeeeeiiii!!!! ha3.... boleh melalut sampai gigi jongang la, apa la.... patut la papa malas nak layan anak sulung dia ni..datang senget dia, pikir mengalahkan budak kecik :p ha3

Friday, 28 February 2014

positif!

kena habiskan belajar cepat-cepat
tak nak dah pikir pasal ni
nak pikir pasal kawen plak
:p



puuuiiiii!!!
mcm la da ada calon

tak pelah
kira salah satu cara nak motivasikan diri jugak la

macamla dah ada calon :P
bahahahhaa

Thursday, 20 February 2014

oh my geeee!!!!!!!!!

and guess what???
mr. N is still alive -_________________-"

dalam kelam kabut
simpang siur
kekalutan hidup aku yang masih tunggang langgang ni
tiba-tiba dia muncul lagi (macam tora datang lagi la pulak :P ha3)

tak tau nak respond macamana
tapi rasa macam nak end of this war
(sebenarnya aku jugak yang create 'war' tu :p ha3)

bagi je lah can
asyik aku je yang carik gaduh
tapi takpe
tengok la dulu macamana

kalau nasib dia baik
ada la can dia nak masuk
dalam carta 'friend-list' aku
tapi macam aku cakap tadi
tengok la dulu macamana
dia punya prestasi
(kah3 ? )

kaluutt.. aku banyak masalah negara tahun ni.. tak larat nak bergaduh dengan sapa-sapa.. hu3...

Friday, 20 December 2013

harapan.. semakin layu? :'(

huuuuiiiii.. cuaknya nak membayangkan keadaan hidup 2014 nanti.. hu3... memang tak boleh nak dibayangkan macamana.. kerja tak dapat lagi, kete nak kena bayar, yuran pengajian lagi, kos sara hidup lagi.. kalau nak stay kat kg pun bukan penyelesaian. tapi kalau nak dok KL ni sambil cari keje pun melibatkan kos tuuu.hu3.. Allah... memang tak tahu apa percaturan tuhan untuk aku.

semalam tawakkal n REDAH je pegi walk-in interview.. tak taulah segala penat lelah, DUIT n kelaparan aku tu berbaloi ke x.. setakat ni belum ada apa-apa feedback.. sob3.. namun aku serahkan segalanya pada Dia.. sebab hanya Dia yang tau apa yang terbaik untuk aku.. hu3..

risau nak membayangkan kehidupan... tapi aku tau, penyelesaian utama kepada semua masalah aku ni hanya 1.. SIAPKAN THESIS :'( SOB3.. memerlukan semangat dan keazaman dan konsentrasi yang jitu tu..huhuhu... bak masa borak2 dgn member smalam, dah pertaruhkan seluruh hidup untuk benda tu, dari ada keje sampai kena buang keje, dari berat sekian2 Kg dah naik sekian2 Kg :P , harap2 aku tak tewas ditengah jalan untuk 'perjudian' aku sepanjang perjalanan ni.. terlalu banyak dah dugaan rasanya.. hampir dah tak tertanggung. hu3

Tuesday, 12 November 2013

bulatan kecil..bulatan besar...

i don't feel to meet people..
i don't want the time passed by..
i don't want to hear any critics..
i don't want to listen to soothing words..
i don't want to do anything!

all i want is
to meet doraemon (R.I.P) :P
to send me a stop watch
to stop everything and everyone around me
so that i'll have enough time
to clear all the mess i've created

a 'pintu suka hati' will do also
i want to meet me from 4 years back
to tell about all the sequences and obstacles
i'm going to tell myself to be extra careful
or just saying
"STOP!!! u gotta ruin yourself! "

or is it better for me
to use the door
and have a poke of my life
5 years later?

as if life's that easy.. sigh....


Monday, 21 October 2013

aku tahu aku tak punya apa

Beginilah nasib si bilis..asyik ditelan sang jerung, nak menelan sudah tentu tak mampu. Sayu sangat-sangat tadi bila dapat tahu dikutuk kaw2 punya oleh orang yang paling dipercayai. Tempat yang selama ini bergantung harap, tempat mengadu nasib dengan sepenuh kejujuran, rupanya sedap mengutuk dan mengeji dibelakang.

Ya.. aku tahu aku memang bersalah.tapi pernahkah cuba memahami apa yang tersirat disebalik setiap senyuman? Walau apa yang kau nampak dan dengar hanyalah gelak tawa aku, tapi pernahkah kau cuba memahami duka yang terselit dalam setiapnya?

Aku faham dan aku mengaku, sekarang aku memang tak punya apa-apa. Hanya mengharapkan ihsan orang untuk sesuap nasi. Tapi itu tak bermaksud kau boleh sesuka hati menuduh dan  menghebohkan pada satu dunia tentang semua benda yang kau ‘rasa’aku akan lakukan, apa yang aku dan kawan-kawan aku sedang hadapi dan setiap langkah aku perlu dilaporkan pada kau?

Kau memang hebat. Itu memang diakui. Tapi kau tak boleh memaksa aku untuk mengikut setiap jejak langkah kau! Kita manusia tak punya keupayaan yang sama, walau kita berteduh di bawah langit yang sama. Kau perlu sentiasa ingat itu! Bila kau dah terbang tinggi di langit, aku harap kau tak lupakan rumput yang menghijau di bumi. Kerana suatu hari bila kau penat gah di awan biru, kau pasti cari tanah yang hijau itu untuk kau melata. Aku takkan doakan kesengsaraan kau, kerana aku masih sedar.. kau telah banyak menolong aku. Tapi itu tak bermakna, maruah aku di bawah tapak kaki kau!


Terima kasih kawan. Dalam kesengsaraan aku ini, satu demi satu telah membuka topeng di wajah kalian. Terima kasih.

oohh... aku tak mengharapkan sebuah pujian, jauh sekali secebis ehsan. yang aku dambakan hanyalah sekelumit keikhlasan, dalam sebuah persahabatan!

Friday, 27 September 2013

notis penamatan kontrak

Salam jumaat J

Macam tajuk kat atas, semalam dapat surat pemberitahuan penamatan kontrak. Sob3.. tapi nak buat macamana..life goes on ..huhuhuu

Balasan ke ujian? Hanya Dia yang tahu…

Berserah sesungguhnya hanya pada Dia.

kali ni dah kantoi ngan mama..sebab surat sampai kat umah..huhuuu.. walaupun dalam hati macam nak nanges, tapi terpaksa la tampal poker face sambil ckap kat mama,
"xpe ma.. orang lain ada yang lagi kesian..kena bayar RM74 K ++ dalam tempoh 30 hari "
"rilex ma.. .bukan orang sorang je.. yang lain2 pun sama je"
"rezeki ada kat mana2 ma.. lepas2 ni start cari keje balik je la.. nk buat macamana lagi"
dengan muka penuh senyuman bahagia di muka :')


Harap kali ni tak hilang focus lagi, macam yang sebelum2 ni..aminn