aminkan doa saya ^^

2012: FINISHED MY MASTER BY MAY 2012

Monday, 26 November 2012

cerita itu part 2

aahhh.. kusut.. kalut.. ribut sungguh hidup aku sekarang ni.. tapi apa-apa pon aku redha dengan ujian tuhan untuk kami kali ini..

dimana mahu sambung ya? hmmmm.. ok.. selepas landing di KB.. hmmm..

***********************************************************************

mata papa yang lega selepas nampak aku kat pintu ketibaan memang tak akan aku lupakan. pelukan papa yang melepaskan beban perasaan dia selama 46 hari kat Mekah memang akan aku kenang sampai bila-bila..

hati aku yang luluh dan rapuh melihat tangisan mama yang ditolak papa dengan wheelchair, dengan kaki kanan yang berbalut sampai ke lutut akan aku rakam dalam kanvas kepala aku sampai bila-bila.. tangisan mama dengan kalimat, "Long, mama dah tak boleh jalan...."

kau rasa? aku speechless seketika.. dengan senyuman kelat aku bagitau, " it's ok ma.. at least mama da selamat sampai untuk jumpa kami kembali.."

sepatutnya lepas landing terus pegi hospital, tapi mama nak balik rumah dulu.. takpe.. kami faham perasaan dia yang dah lama tinggalkan rumah dan kalau pegi hospital entahkan bila baru boleh menjenguk teratak kami balik.

make it short, kami bertolak ke hospital lepas Asar.. menunggu dalam ER dengan macam-macam ragam manusia memang bukan pengalaman yang seronok.. after scanning and hours of waiting, finally pakar tulang decided that mama have to get warded malam tu jugak.. operation untuk buang semua sel2 dan tisu2 yang rosak was scheduled next morning...

mama menangis-nangis tak nak warded malam tu.. dia nak balik rumah malam tu jugak.. untuk pertama kali dalam hidup aku... aku menangis depan mama dan papa aku.. air mata yang selalunya berjaya aku tahan dah tak terempang lagi... kami fikirkan hanya yang terbaik untuk mama.. kami tak mau kuman2 kat kaki mama terus menguyah daging2 mama dengan lebih dalam dan lebih banyak lagi.. cukup sampai lutut tu.. dan kami harap hanya sampai situ sahaja... tapi...

aku yang mula2 sekali tewas dengan tangisan mama... tak mampu aku tengok dan dengar mama merayu2 tak nak warded malam tu.. dengan berat hati, dengan air mata aku cakap,

aku   :ok ma.. kalau mama tak nak warded malam ni, mama janji... 1st thing 1st esok adalah datang ER
          balik!
mama : mama janji.. esok pagi2 kita datang ER.. tapi untuk malam ni saja.. tolonglah mama
aku    : no!! bukan warded je.. kalau Dr. kata esok operate, mama kena operate esok jugak.. kalau mama    
            nak balik malam ni kena ikut syarat2 ni, kalau tak, malam ni warded!!

mama pandang aku dengan air mata bergenang..

aku    :janji ma?

perlahan-lahan mama angguk dan melegakan hati kami semua..

finally around 10 pm mama sign surat yang Dr tak akan bertanggungjawab terhadap apa2 yang jadi kat dia malam tu sebab Dr da suruh mama warded but then she refused.huhuhu

ralat;
aku bukan nak salahkan Dr2 pelatih kat ER tu.. tapi mereka buat aku terkilan.. mereka kerumun mama macam lalat hurung taik... aku tau mereka excited dapat case malam tu, esok boleh tengok operation n learn something.. tapi aku rasa mereka semua patut jaga attitude dan perasaan patient n family.. boleh kau borak2 n gelak2 sambil tengok x ray mak aku??? it's not professional babe.. u should learn ethics!!! 

Sunday, 25 November 2012

kisah 'itu'... part 1

ok... mari kita mulakan kisah yang memang sedih bagi aku.. tapi mungkin tak memberi makna bagi sesetengah orang... sila tekan ikon [X] kat atas tu kalau rasa dah bosan dengar  baca apa yang aku akan cite ni ek?

aku macam dah hilang kata-kata untuk bercerita.. tak tau dari mana nak dimulakan.. hmmm.. mungkin aku   perlu mulakan dengan perjalanan enchik ayahanda dan puan bonda sebelum diorang berangkat pergi mekah?

see?? kami menghantar ayahanda dan bonda dengan senyuman... dengan bonda yang masih mampu berdiri di atas kaki sendiri..

tak pernah aku sangka.. kami akan sambut kepulangan mereka dengan tangisan.. dengan bonda yang ditolak keluar oleh ayahanda dengan wheelchair !!!

kami tak pernah minta.. tapi kami terima ujian dari tuhan ini dengan redha... 

**********************************************************************************

lokasi : mekah

kisah 1:
papa called and informed that mama got hipo because a Dr. from hospital x had changed the insulin usually used by mama.. mama got warded.

kisah 2:
papa called to inform that mama can't do melontar because mama dah tak larat nak bangun.. however, papa managed to melontar on behalf of mama.


kisah 3:
mama pengsan dalam perjalanan pergi ke masjid

kisah 4:
mama called and crying hard to inform that she's in the hospital

kisah 5:
papa called to inform that he had to sleep in the hospital for almost a week to look after for mama... 

kau rasa aku cukup kuat untuk terima semua berita dari hujung dunia sebelah lagi mengenai kedua-dua orang yang paling aku sayang dalam dunia ni? kau letakkan kau dalam situasi aku, kemudian baru kau jawab apa soalan aku tadi... 

**************************************************************************************

lokasi: malaysia

sepatutnya aku ambil mama dan papa aku kat KLIA malam tu.. tapi mama n papa tak nak aku ambil diorang.. diorang minta aku dan adik-adik yang lain tunggu diorang di KB.

8.30 pm  [10/11/12]

papa called to inform that they have arrived.. and that was a BIG SHOCKED.. u know why? because the flight should land at 9.15 pm..

lagi mengejutkan sebab papa bagitau mama was unconcious from DUBAI (!!!!) to KL !!!!!!

an ambulance was waiting at the departure and they aren't allowed to go out until about 10.00 pm!!!!

*************************************************************************************

aku rasa cukup dulu untuk kali ni.. aku dah habis kata-kata.. semoga aku kuat untuk tulis kisah ini part 2..







Thursday, 22 November 2012

dugaan tuhan

berlari ke sana sini.. 2 minggu yang panjang.. 2 minggu yang menduga fizikal, mental dan iman..
hari ini.. aku kembali ke meja ini.. dengan perasaan yang tertinggal di desa.. dengan akal yang masih separuh berjalan dek kepenatan fizikal dan mental..

tuhan.. kirimkan kami kekuatan dan kesabaran..

p/s: nanti kepala otak da center aku akan cite tentang kejadian 'itu'..

Saturday, 3 November 2012

:')

Aku melangkah ke sini dengan harapan yang lebih tinggi dari gunung Everest.. Aku menjejak kembali tempat ini dengan kerinduan dan senyuman.. Aku menyusur semula jalan-jalan indah kehidupan di sini seperti suatu masa dulu.. Penuh dengan sokongan, semangat dan senyuman kawan-kawan...

Sejujurnya kenangan itu sangat indah untuk dikenang, tapi tak mungkin akan berulang... Berjumpa dengan orang-orang yang sama di tempat yang sama pada masa yang berbeza tak kan menjanjikan kebahagiaan yang serupa.. Time did change people.. and it changes A LOT..

Sekarang, aku cuma bertahan dengan segala upaya yang aku ada.. Bersabar dengan semua kerenah dan dengan penuh harapan, aku dah tak sabar-sabar lagi nak berambus dari sini.. Cukuplah penderitaan ini sampai di sini... Aku tak akan minta semua ini berulang lagi... aminn...