kerana aku kena berkorban hati dan perasaan di hari raya korban yang mulia ini.. tuhan.. kirimkan aku kesabaran dan ketabahanMu..
dulu aku pernah janji.. dalam blog ni aku nak kurangkan meratap-ratap, mengadu nasib kat sini..tapi malangnya aku memang lemah dan aku kena terima aku memang lemah..
papa selalu pesan, "SETIAP KALI ORANG BUAT jahat KAT KITA, CUBA INGAT SEMUA BENDA baik YANG DIA BUAT KAT KITA".. easy said than done, rite.. cuba kau buat apa yang papa aku cakap ni setiap kali tahap kau memuncak-muncak menahan marah.. di masa syaitan sedang menari-nari di tepi telinga kau.. kalau kau rasa itu senang, memang aku tabik kat kau!! sumpahh!!! sebab aku sendiri tak mampu nak buat apa yang papa aku selalu buat.. papa aku manusia paling baik dan paling sabar dalam pandangan mata aku.. sebab aku tak mampu nak maafkan dan lupakan semua kesalahan orang dengan aku apatah lagi dengan keluarga aku.. apa yang aku mampu buat sekarang adalah berSABAR :'(
what else?
berita buruk di aidiladha ke-2 adalah ujian terbesar untuk kami sekeluarga... sekarang mama kat hospital kat MEKAH.. penat aku tahan air mata aku depan adik-adik aku.. cuba sabarkan mereka sedangkan aku sendiri sedang meraung dalam hati... masih mampu tersenyum depan kawan-kawan... dengar tangisan mama dari jauh dan aku tak mampu buat apa-apa selain berdoa dan menangis dalam hati adalah sangat perit, tahu?
corat coret sebuah kehidupan.. hidup ni bukan setakat 3 rasa masam-masin-manis... pahit-kelat-payau pun sama kena telan...baru kita paham apa sebab diutus ke dunia ^^
aminkan doa saya ^^
2012: FINISHED MY MASTER BY MAY 2012
Wednesday, 31 October 2012
Friday, 19 October 2012
Thursday, 18 October 2012
padan muka!!!
adoyaaiiiii.. aku da xtau dah nak buat apa.. nak gelak ke nak nanges
nak sign punya pasal.. tak pasal-pasal esok kena jadi driver.. kalau awal-awal bulan aku takde la kisah sangat.. ni duit aku tinggal cukup-cukup makan je... nak kena g airport.. huhuhu.. harap2 bayar la duit minyak ...
padan muka!!! haha

aku bukan berkira pon sebenarnya..tapi sebab poket aku dah lagi nipis dari kulit bawang ni la yang buat aku kena berpikir panjang.. hahaha..
tapi, dah kau yang create masalah ni laili.. kau la yang memang patut selesaikan
Wednesday, 17 October 2012
runtun.. kelabu (?) =b
memandang dunia dari satu sudut yang tak pernah aku pandang selama ni memang banyak mengajar aku..membuka mata aku..
aku kesiankan hidup orang tu, orang ni.. lagi kesian dengan hidup aku, masa depan aku.. simpati berterabur di sana sini.. yang selalunya membuatkan aku bersyukur dengan kehidupan aku yang kelabu ni..
cuma satu yang tak berubah sejak dulu.. aku yakin TUHAN CAMPAK SEMUA UJIAN HANYA JIKA KITA MAMPU SURVIVE.. cuma kadang-kadang aku lelah dan letih dengan ujian..
ye aku lemah.. aku tau tu...

Tuesday, 16 October 2012
loser
apa perasaan kau apabila satu hari kau bangkit dari tidur dan rasa semua orang pandang kau macam
[L] [O][S][E][R]?? memang terpampang besar-besar atas dahi kau dan kau tak boleh tanggalkan at least sampai saat ni?
teruk bukan??
itulah apa yang aku rasa... (at least untuk sampai saat ni).. bukan sedikit aku persoalkan takdir aku.. bukannya aku tak cuba perbetulkan balik apa yang berlaku.. tapi yang semakin bertambah adalah penyesalan dalam diri aku...
dulu aku selalu rasa aku adalah orang yang terkuat antara semua.. walaupun aku bukanlah gagah perkasa, tapi aku sentiasa cuba buktikan apa pandangan orang pada aku adalah salah.. semakin keji pandangan orang pada aku, makin aku kuat dan bersemangat.. tapi sekarang.. semakin keji dan jelik pandangan-pandangan orang terhadap aku, semakin keji dan jelik jugalah pandangan aku terhadap diri aku sendiri (faktor usia mungkin -___-" hahhaaa.. not funny, ok?! )
bukan tak pernah aku larikan diri dari masalah aku.. yang tu selalu aku buat.. tapi jarang-jarang jugak aku cuba selesaikan masalah aku.. masalahnya ialah semakin aku cuba selesaikan, semakin banyak masalah yang timbul... kau rasa, aku akan makin kuat ke dengan benda-benda yang tak sudah-sudah ni?
aku pernah sampai satu tahap yang aku tak nak jumpa sesiapa.. aku hanya nak meratap depan tuhan dan harapkan keajaiban muncul... kau ingat tuhan nak tolong aku kalau aku buat macam tu??? jangan harap la, kawan... tuhan dah kata, "aku tak akan menolong hamba-hambaku selagi mereka tak berusaha" ! kau nak tau apa yang jadi lepas aku dah sampai tahap puas meratap-ratap dan merayu dengan tuhan?? dengan tiba-tiba DIA campakkan semangat dalam diri aku dan masa tu lah aku cuba untuk bertatih memahami asbab-asbab dan mula redha dengan takdir yang tertulis untuk aku.. sedikit demi sedikit.. dan yaaa!!! akhirnya aku jatuh kembali.. aku tahu.. mungkin aku bukan hamba yang terbaik..
aku juga pernah tiba pada satu kemuncak yang aku dah malas nak fikirkan apa yang bakal terjadi pada masa depan.. masa depan yang makin jerebu pada pandangan aku.. aku lari kehulu kehilir.. dari satu hujung dunia ke hujung dunia yang sebelah lagi.. sampai aku penat.. dan satu hari, tuhan kirimkan aku satu lagi ilham," masalah tak akan selesai sampai bila-bila selagi kau tak cuba selesaikannya.. kau jangan risau kau tak ada masalah, sebab masalah memang AKAN SENTIASA MENCARI KAU!" .. dan dari situ, aku cuba bangkit dari rebah.. dengan pandangan mata orang-orang sekeliling yang semakin jengkel dengan aku.. kau ingat macamana aku nak berhadapan dengan semua mata-mata tu? pasti nya aku tersenyum.. dengan hati yang semakin bengkak dan bernanah menahan tangisan yang tak sudah-sudah..
aku sedar.. aku tak boleh pentingkan diri aku sendiri.. aku ada maruah yang perlu aku jaga... kemana-mana aku pergi, walaupun aku tak mahu palitkan arang ke muka mereka... aku terkadang lupa... aku membawa nama baik keluarga aku.. ayah aku terutamanya... setiap kali mengisi borang yang mempalit tahi ke muka aku, setiap kali itu aku akan menangis.. kerana aku terpaksa bawa bersama.. nama ayah aku yang tak bersalah :'((
aku tahu tak semua yang faham dan tak kurang yang akan salahkan aku balik..tapi, aku tak kan salahkan semua orang.. sebab tak semua dapat rasa apa yang aku rasa sekarang.. tak semua akan faham... tapi aku tahu, DIA sedang mengajar aku.. aku je yang selalu alpa...

Monday, 15 October 2012
rasa yang terpaksa ditelan
terkadang disebalik yang berlaku memang ada hikmah yang tersembunyi.. yang belum terzahir dek mata kasar pandangan manusia yang kerdil ini..
dicelah-celah kehidupan yang kadang gelap, kadang cerah tapi selalunya kelabu ini, rasanya perlukan tongkat untuk berjalan.. perlukan cahaya untuk membantu penglihatan dan perlunya dahan untuk berpaut.. segala keluh-kesah umpama tak larat nak ditelan sendiri lagi.. terkadang terpaksa menampal senyum setiap kali mendengar aduan adik-adik.. tapi hati yang rasa ingin meraung setiap kali menadah telinga terpaksa ditahan dan hanya mampu berkata, "sabar.."
air mata yang terempang itu hanya pecah bila sendirian.. jarang-jarang dihadapan teman-teman bila rasa diri dah tak terdaya.. terfikir juga seperti meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri.. tapi kesakitan ini terkadang sudah tidak tertahan..

Subscribe to:
Posts (Atom)