aminkan doa saya ^^

2012: FINISHED MY MASTER BY MAY 2012
Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts

Friday, 19 December 2014

rebah dipangkuan tuhan

lama tak update, kan? pheeww.... itu lah... banyak sangat benda yang nak dikejar dan tak terkejar.. tak punya banyak masa nak merapu kat sini.. besides, sometimes i do need my privacy.. after what happened, i find it difficult to trust people... like seriously... huhuhuu..

See my target above? to finished my MSc by May 2012.. maka benarlah.. manusia itu hanya mampu merancang dan tuhan itu juga punya perancangan... tetapi sesungguhnya perancangan tuhan itulah yang terbaik untuk hambaNya sedangkan kita tidak mengetahui.. jangan pernah paksa tuhan untuk mengikut rentakmu.. kerana Dia memang tak akan berikan sekiranya kau memang tidak mampu memikulnya. menangislah sampai keluar air mata darah sekalipun, tak kan dapat... siapa sangka doa yang aku panjatkan kepada tuhan ditangguhkan makbulnya 2 tahun kemudian? beria-ria aku menulis rencana sedangkan tuhan tahu apa yang terbaik untuk aku.. selepas 2 tahun, akhirnya aku berjaya submit thesis kepada GSO on May 2014.. fuuuhhh!!! perancangan tuhan.. selepas penantian yang nampak macam tak berpenghujung, akhirnya tuhan makbulkan lagi doa aku.. my viva voce was on 16th October 2014.. alhamdulillah.. passed my viva voce although with major modification.. sekarang tengah menunggu tandatangan dekan fakulti.. Isnin ni baru dapat tandatangan (hopefully).. if not, I am a dead meat.. surat penangguhan hantar thesis pun tak buat lagi.. mati laaaa... huuuu...

and ohh... speaking of targets.. tahun ni aku ada 2 je target dalam hidup aku.. which is the 1st one that is to submit my thesis and alhamdulillah.. dah berjaya capai.. n i didn't expect to have my viva voce this year actually..knowing me.. always not ready maaa :p he3.. and the 2nd target that is to have a good job for my future masih ditangguhkan tuhan.. tak tahu apsal... bukan tak apply, sampai kena warning dengan jobstreet sebab apply banyak sangat :p ha3.. bukan tak attend interview, ada je.. tapi tak sangkut lagi.. tak tahu la kat mana salahnya... banyak nau dosa aku ngan tuhan ni.. huhuhuhu... sekarang memang tengah stress sebab tak de keje.. in fact dah nak masuk 2 bulan tak bekerja.. serabut memikirkan apa yang nak jadi 2015 nanti... que sera.. sera.. the future's not mine to see... serabut tak serabut hidup kena terus.. susah ke senang, masa depan tetap makin menghampiri.. aku yang semakin tak berdaya.. hanya mampu berdoa dan bercerita dengan tuhan.. walaupun aku tak nampak sinar itu, tapi sekurang-kurangnya hati aku yakin.. tuhan sedang tersenyum kepada aku dan berkata, "sabarlah..hanya sedikitt masa lagi." aminn... aku hampir mengalah tapi aku perlu kuatkan diri aku... hampir rebah.. tapi berharap semoga tuhan menyambut aku dalam dakapanNya..


Saturday, 20 July 2013

yeaayyyy!!!!!!!!!????

Dalam setiap perjalanan manusia itu ada turun dan naiknya yang tersendiri.. dan aku, sebagai manusia biasa pernah berada pada tahap yang di atas itu dan sekarang sedang berada di titik yang paling bawah itu.. titik di mana hampir kebanyakan manusia  disekeliling sedang mengutuk dan mengata aku (sama ada secara terang atau dengan pandangan sinis terhadap aku), yang setiap perbuatan aku pada masa dulu dan sekarang dihakimi tanpa pernah bertanya dan cuba memahami kenapa dan mengapa, dimana ada sesetengah kawan  yang telah menunjukkan belang dengan nyata untuk betray kepada aku..tapi aku diamkan sahaja dulu (walaupun aku dah sedar benda ni lama dah, cuma sengaja buat-buat tak nampak dan akhirnya aku yang tertikam secara sedar)..

Keputusan perbicaraan? Secara hitam-putihnya masih belum ada keputusan yang rigid..sedang menunggu panggilan hukuman gantung lebih senang untuk difahami mungkin..

Projek yang aku usahakan dengan air mata dan modal sendiri yang bukan sedikit aku kira (hampir RM10K modal yang aku gunakan dalam usaha bermati-matian aku cuba untuk menghabiskan pengajian ini), dikutuk dan dipijak oleh orang-orang besar yang ‘menjalankan tugas’ mereka..

“projek awak ni macam taraf FYP je saya tengok!”

Apa perasaan kau kalau kau di tempat aku? Dengan kewangan yang makin terdesak (saving aku habis untuk siapkan research aku), gaji yang dijanjikan TIDAK akan dibayar, masih tiada pekerjaan untuk menghadapi kehidupan untuk sekurang-kurangnya 3 bulan kehadapan, hanya mengharapkan ihsan ayah aku yang dah pencen untuk sesuap nasi.. bila kau dengar ayat kat atas tu, tak kau rasa hancur luluh perasaan, tak berbaloi semua pengorbanan yang kau lakukan selama ni???

Sedih? Siapa yang tidak bersedih bila dicampakkan ujian sebesar ini? Alhamdulillah..sekurang-kurangnya aku masih ada kasih sayang tuhan dan keluarga.. pada saat aku sedang dipijak begini, masih ada sekelumit sahabat yang memanggil aku untuk mengingati tuhan..

“sabar laili..ingat..tuhan tak akan uji kalau kita tak mampu..ada sesuatu yang disediakan dihadapan yang pada suatu hari kau akan bersyukur kerana dicampak batu sebesar ini dari tuhan.”

“tak pe laili..teruskan perjalanan ni..sekurang-kurangnya kita sama-sama beusaha untuk habiskan pengajian kita  ni…lepas ni, carilah kerja lain..bukan ‘diorang’ yang pegang rezeki kita..tuhan yang susun rezeki kita..ingat tu yang paling penting”


Dan sebenarnya, aku rasakan tuhan yang sedang berkata-kata dengan aku :’) 

Thursday, 7 March 2013

dulu...

jeles tengok orang lain bangun pagi-pagi
terus bersiap pegi keja..
sedangkan aku...
bangun lagi pagi
tapi tak tau nak buat apa...
cakap dalam hati
"bagusnya kalau macam dia...bukak mata, terus ada tujuan..aku ni?"

lalu tuhan bagi.
kena bangun lagi pagi dari dulu
bukak mata terus terkejar sini sana
sampai lupa apa rasa
bangun lebih pukul 6.30 pagi...

dulu...
hidup tak la senang mana
tapi selesa
bahagia tu dalam hati
apa pandang harta dunia
makan-pakai semua LEBIH dari cukup
(sekurang-kurangnya aku yang rasa macam lebih dari cukup)..
tempat cari makan dengan laman ayah bonda
setakat 3 jam
apadehalll
wa boleh rempit sampai goyang lutut derrr...

tapi manusia mana kenal erti syukur
gatal nak cabar diri sendiri
6 bulan terasa bahagia
nak masuk setahun dia dah mula
"bosan..hidup ini bosan...sampai bila aku nak terus hidup dalam kitaran? hidup ini perlukan cabaran.."

NAH...AMBIK!!!!
tuhan baru ambik sikit...
kau dah gelabah tak cukup tanah
meratap macam esok nak mati
baru tuhan uji SIKIT..
kau melalak macam tuhan ambik semua

mari sini aku tanya satu.
pernah kau menangis sampai kering air mata kau?
bukan sebab mintak nikmat dunia dari tuhan
tapi sebab kenang dosa kau dari mula malaikat start bukak buku log
sampai saat kau sedut udara yang percuma sekarang
semata-mata kerana itu
kau pernah?

aku tak perlukan jawapan..
tapi aku mahu kau renungkan
tidakk..
aku tak kata pada kau
tapi aku tanya diri aku sendiri

sekarang
tak malu ke kau nak meminta dengan tuhan?
sedangkan keampunan yang memang Dia janjikan kau tak pernah mintak
tapi lupa nak kira nikmat dunia yang Dia dah bagi
tak pernah mintak bayaran...

p/s: kerja dunia kena pandang orang lagi susah...kerja akhirat sila pandang orang lagi hebat! ingat diri!



ini sahaja

ALLAH maha BESAR..
ALLAH itu DEKAT
ALLAH itu PENYAYANG
ALLAH itu SENTIASA ADA.....

tak mampu berkata-kata lagi

Wednesday, 31 October 2012

raya aku mungkin tak sama dengan raya kamu

kerana aku kena berkorban hati dan perasaan di hari raya korban yang mulia ini.. tuhan.. kirimkan aku kesabaran dan ketabahanMu..

dulu aku pernah janji.. dalam blog ni aku nak kurangkan meratap-ratap, mengadu nasib kat sini..tapi malangnya aku memang lemah dan aku kena terima aku memang lemah..


papa selalu pesan, "SETIAP KALI ORANG BUAT jahat KAT KITA,  CUBA INGAT SEMUA BENDA baik YANG DIA BUAT KAT KITA".. easy said than done, rite.. cuba kau buat apa yang papa aku cakap ni setiap kali tahap kau memuncak-muncak menahan marah.. di masa syaitan sedang menari-nari di tepi telinga kau.. kalau kau rasa itu senang, memang aku tabik kat kau!! sumpahh!!! sebab aku sendiri tak mampu nak buat apa yang papa aku selalu buat.. papa aku manusia paling baik dan paling sabar dalam pandangan mata aku.. sebab aku tak mampu nak maafkan dan lupakan semua kesalahan orang dengan aku apatah lagi dengan keluarga aku.. apa yang aku mampu buat sekarang adalah berSABAR :'(

what else?

berita buruk di aidiladha ke-2 adalah ujian terbesar untuk kami sekeluarga... sekarang mama kat hospital kat MEKAH.. penat aku tahan air mata aku depan adik-adik aku.. cuba sabarkan mereka sedangkan aku sendiri sedang meraung dalam hati...  masih mampu tersenyum depan kawan-kawan... dengar tangisan mama dari jauh dan aku tak mampu buat apa-apa selain berdoa dan menangis dalam hati adalah sangat perit, tahu?


Tuesday, 12 June 2012

saya tunggu


orang yang macam ni...




sumber: muka_buku
tapi tak penah lagi saya jumpa...
wujud lagi ke orang macam ni sekarang?
hmmm....

p/s: lelaki zaman sekarang tak semacho dulu..ajak couple through sms je. tak pun chat fb...  ada lagi ke orang yang berani bersemuka cakap depan-depan dan terus mintak izin dengan mak bapak? kalau ada saya nak 1!!!! =b ekekeke.. just my 2 cent.. no hurt feelings =b

Monday, 28 May 2012

when the bell rings

received a call last night....

kawan: weehhh...laili... aku nak mintak tolong kau sikit ni
aku     : apehal pulak ni (gelak-gelak)
kawan: aku takut la... aku risau kalau-kalau kawan aku murtad.. huhuu... sekarang ni banyak betol dia  
             question aku pasal agama.. aku ni tak la baik sangat.. tolong aku wehh.. kalau dia tanya aku.. apa
             aku nak jawab ni?
aku     : (dalam hati) ALLAH....  kenapa aku yang Kau pilih untuk menjawab semua ini?



Tuesday, 22 May 2012

dear me.. please stop nagging

and kept asking this and that from HIM.
HE gave u almost everything that u need..
just ask the strength to face the test



u're not good enough dear... not enough.. sob2...

Monday, 2 April 2012

DIA sedang menguji keikhlasan aku

sungguh!!!
tak tipu!!!!




tidak akan terlepas seseorang yang dicintai tuhannya daripada dugaan...




aku khilaf...ampunkan aku, tuhan ='(

Thursday, 2 February 2012

DIA y mengatur langkah saya

bergerak mengikut gerak hati yang x sebersih dulu..
tapi alhamdulillah ^^
perjalanan itu menunjukkan sesuatu pada aku..

ustaz berpesan;
1.solat jangan tinggal.. anak2 yang meninggalkan solat akan menghalang langkah ayahanda dan bonda untuk masuk ke syurga...

oohhh...sedikit tersentap sebab mmg akhir2 ini..solat subuh selepas  waktu dah habis..huhuuuhuu.(tiada niat untuk berbangga dengan dosa yang dibuat)..huhuhuu.. astaghfirullahalazim.. =((

tiba2 hari ini ditemukan dengan ini..

2.jangan tinggalkan al-quran..selalu baca..ada masalah..baca al-quran... tiada masalah pun carilah al-quran..

n then i met this quotation..

"talk to allah in solat..and hear allah talking in al-quran"
(seriously is tracking back where did i see this but then it is no where to found..huhuhuu =(( )

3.jangan campurkan ibadat dan maksiat.. 

astagfirullahazim... 

ALLAH..kau yang pegang hati aku..jgn kau jauhkan langkahku dari mu..pandulah aku ketika aku terleka dan sentiasalah bersamaku di setiap detik..

amin...

Tuesday, 31 January 2012

2012

membayangkan shj sudah sesak nafasku....
menghadapinya hampir putus nafasku...
2012..bagaimana signifikannya dua dgn aku..
tahun ini ada DUA perkara besar yang menyesakkan kepalaku...


segalanya aku serahkan pada DIA..
kun fayakun..
segala kehendaknya pasti berlaku..
ada aku didunia ini..
hanya untuk melengkapkan perjalanan yang infiniti di dunia sebelah sana..

Sunday, 25 December 2011

ALLAH

Ketika aku memohon kekuatan,
Allah memberikan aku kesulitan sehingga aku kuat,
Ketika aku memohon kebijaksanaan,
Allah memberikan aku masalah untuk aku pecahkan,
Ketika aku memohon kesejahteraan,
Allah memberikan aku akal untuk berfikir,
Ketika aku memohon keberanian,
Allah memberikan aku bahaya untuk aku atasi,
Ketika aku memerlukan cinta,
Allah memberikan aku orang bermasalah untuk aku tolong,
Ketika aku memohon bantuan,
Allah memberikan aku kesempatan,
Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta,
Tapi aku menerima apa yang aku perlukan.





true indeed!!! tidak ada y tidak benar melainkan y benar2 belaka ^^
SUBHANALLAH!!!

Friday, 15 April 2011

gatal versi baik (',~) hehehee

iman manusia ada turun-naik...sama la jugak dengan saya...saya selalu pertimbangkan untuk menerima @ menolak cinta..kadangkala bila malaikat dalam diri yang berkata2...

ya...bila iman saya kuat, saya pernah menolak cinta itu..hanya dengan sebab di atas

tapi xbermakna, saya xpernah mengikut nafsu saya yang 9 itu... kadang2, saya ikutkan juga, syaitan nakal dalam  diri saya...huhuhuuu... terjumpa ini;

sumber:tiub-awak

bak kata david-teo; (jangan dilihat pada siapa yang berkata-kata,tapi lihatlah pada apa yang dikatakan ^^)

ada 3 jenis jodoh dalam dunia ni; 

1. Jodoh dari Syaitan

- "Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah."


2. Jodoh dari Jin

- "Kamu berdua berkenalan.Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu.Dan kamu berdua menikah."

3. Jodoh dari allah

Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang LAILI dan LAILI terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA. (ok,kegedikan terserlah dengan menukar nama kamu d c2 ye, cik leli =b ngeh3)

semoga kita semua bertemu dengan jodoh yang ke 3 itu..aminnn ^^

dan, untuk awak, bakal-suami-saya, selamat menghayati detik ke 30-->42 dalam video di bawah;
sumber;tiub-awak