aminkan doa saya ^^

2012: FINISHED MY MASTER BY MAY 2012

Friday, 28 February 2014

positif!

kena habiskan belajar cepat-cepat
tak nak dah pikir pasal ni
nak pikir pasal kawen plak
:p



puuuiiiii!!!
mcm la da ada calon

tak pelah
kira salah satu cara nak motivasikan diri jugak la

macamla dah ada calon :P
bahahahhaa

Thursday, 20 February 2014

oh my geeee!!!!!!!!!

and guess what???
mr. N is still alive -_________________-"

dalam kelam kabut
simpang siur
kekalutan hidup aku yang masih tunggang langgang ni
tiba-tiba dia muncul lagi (macam tora datang lagi la pulak :P ha3)

tak tau nak respond macamana
tapi rasa macam nak end of this war
(sebenarnya aku jugak yang create 'war' tu :p ha3)

bagi je lah can
asyik aku je yang carik gaduh
tapi takpe
tengok la dulu macamana

kalau nasib dia baik
ada la can dia nak masuk
dalam carta 'friend-list' aku
tapi macam aku cakap tadi
tengok la dulu macamana
dia punya prestasi
(kah3 ? )

kaluutt.. aku banyak masalah negara tahun ni.. tak larat nak bergaduh dengan sapa-sapa.. hu3...

Friday, 20 December 2013

harapan.. semakin layu? :'(

huuuuiiiii.. cuaknya nak membayangkan keadaan hidup 2014 nanti.. hu3... memang tak boleh nak dibayangkan macamana.. kerja tak dapat lagi, kete nak kena bayar, yuran pengajian lagi, kos sara hidup lagi.. kalau nak stay kat kg pun bukan penyelesaian. tapi kalau nak dok KL ni sambil cari keje pun melibatkan kos tuuu.hu3.. Allah... memang tak tahu apa percaturan tuhan untuk aku.

semalam tawakkal n REDAH je pegi walk-in interview.. tak taulah segala penat lelah, DUIT n kelaparan aku tu berbaloi ke x.. setakat ni belum ada apa-apa feedback.. sob3.. namun aku serahkan segalanya pada Dia.. sebab hanya Dia yang tau apa yang terbaik untuk aku.. hu3..

risau nak membayangkan kehidupan... tapi aku tau, penyelesaian utama kepada semua masalah aku ni hanya 1.. SIAPKAN THESIS :'( SOB3.. memerlukan semangat dan keazaman dan konsentrasi yang jitu tu..huhuhu... bak masa borak2 dgn member smalam, dah pertaruhkan seluruh hidup untuk benda tu, dari ada keje sampai kena buang keje, dari berat sekian2 Kg dah naik sekian2 Kg :P , harap2 aku tak tewas ditengah jalan untuk 'perjudian' aku sepanjang perjalanan ni.. terlalu banyak dah dugaan rasanya.. hampir dah tak tertanggung. hu3

Tuesday, 12 November 2013

bulatan kecil..bulatan besar...

i don't feel to meet people..
i don't want the time passed by..
i don't want to hear any critics..
i don't want to listen to soothing words..
i don't want to do anything!

all i want is
to meet doraemon (R.I.P) :P
to send me a stop watch
to stop everything and everyone around me
so that i'll have enough time
to clear all the mess i've created

a 'pintu suka hati' will do also
i want to meet me from 4 years back
to tell about all the sequences and obstacles
i'm going to tell myself to be extra careful
or just saying
"STOP!!! u gotta ruin yourself! "

or is it better for me
to use the door
and have a poke of my life
5 years later?

as if life's that easy.. sigh....


Monday, 21 October 2013

aku tahu aku tak punya apa

Beginilah nasib si bilis..asyik ditelan sang jerung, nak menelan sudah tentu tak mampu. Sayu sangat-sangat tadi bila dapat tahu dikutuk kaw2 punya oleh orang yang paling dipercayai. Tempat yang selama ini bergantung harap, tempat mengadu nasib dengan sepenuh kejujuran, rupanya sedap mengutuk dan mengeji dibelakang.

Ya.. aku tahu aku memang bersalah.tapi pernahkah cuba memahami apa yang tersirat disebalik setiap senyuman? Walau apa yang kau nampak dan dengar hanyalah gelak tawa aku, tapi pernahkah kau cuba memahami duka yang terselit dalam setiapnya?

Aku faham dan aku mengaku, sekarang aku memang tak punya apa-apa. Hanya mengharapkan ihsan orang untuk sesuap nasi. Tapi itu tak bermaksud kau boleh sesuka hati menuduh dan  menghebohkan pada satu dunia tentang semua benda yang kau ‘rasa’aku akan lakukan, apa yang aku dan kawan-kawan aku sedang hadapi dan setiap langkah aku perlu dilaporkan pada kau?

Kau memang hebat. Itu memang diakui. Tapi kau tak boleh memaksa aku untuk mengikut setiap jejak langkah kau! Kita manusia tak punya keupayaan yang sama, walau kita berteduh di bawah langit yang sama. Kau perlu sentiasa ingat itu! Bila kau dah terbang tinggi di langit, aku harap kau tak lupakan rumput yang menghijau di bumi. Kerana suatu hari bila kau penat gah di awan biru, kau pasti cari tanah yang hijau itu untuk kau melata. Aku takkan doakan kesengsaraan kau, kerana aku masih sedar.. kau telah banyak menolong aku. Tapi itu tak bermakna, maruah aku di bawah tapak kaki kau!


Terima kasih kawan. Dalam kesengsaraan aku ini, satu demi satu telah membuka topeng di wajah kalian. Terima kasih.

oohh... aku tak mengharapkan sebuah pujian, jauh sekali secebis ehsan. yang aku dambakan hanyalah sekelumit keikhlasan, dalam sebuah persahabatan!

Friday, 27 September 2013

notis penamatan kontrak

Salam jumaat J

Macam tajuk kat atas, semalam dapat surat pemberitahuan penamatan kontrak. Sob3.. tapi nak buat macamana..life goes on ..huhuhuu

Balasan ke ujian? Hanya Dia yang tahu…

Berserah sesungguhnya hanya pada Dia.

kali ni dah kantoi ngan mama..sebab surat sampai kat umah..huhuuu.. walaupun dalam hati macam nak nanges, tapi terpaksa la tampal poker face sambil ckap kat mama,
"xpe ma.. orang lain ada yang lagi kesian..kena bayar RM74 K ++ dalam tempoh 30 hari "
"rilex ma.. .bukan orang sorang je.. yang lain2 pun sama je"
"rezeki ada kat mana2 ma.. lepas2 ni start cari keje balik je la.. nk buat macamana lagi"
dengan muka penuh senyuman bahagia di muka :')


Harap kali ni tak hilang focus lagi, macam yang sebelum2 ni..aminn

Sunday, 22 September 2013

reality hits

assalamualaikum.. hello..hai ?

dah tak tau nak mula dari mana dah :P so much things happened all the way up to today :P hahhaa or huhuhu? ntah.. i'm just being confused ( is that is my 2nd name? :P hahahha -___-" )

currently back in negeri penyu ni.. demi mencari sesuap nasi .. sob3.. part time je.. nasib belum pasti..tapi alhamdulillah..moga2 cukup untuk bekalan sehingga hujung tahun. lepas tu yang lain, kita pikir kemudian.. (bolehh ? :P ) hahhaa..

banyak sangat perkara-perkara mengejut dan terkejut yang jadi. orang yang disangka-sangka boleh membantu, dia lah yang membunuh. tak kurang jugak orang yang disangka membunuh, rupa-rupanya dia yang menghulurkan payung sewaktu hujan.. sob3.. memanglah aku ni masih tak pandai menilai orang..hu3..

oh.. pagi ni dapat berita terkuzat jugak.. bad news la apa lagi..tapi nak train otak ni fokus benda yang penting dulu. apa nak jadi lepas ni, jadilah.. tawakkal je lah. dah memang aku yang create masalah ni kan.. hadap je lah. tak yah nak tuding-tuding jari sangat. tak leh nak ubah pape dah. yang boleh ubah skarang is masa depan. which is created today. nyah kau semua benda-benda lepas yang bikin semak otak je tu! hadapi dengan senyuman! dan kesabaran! gambatte neee!!!

was talking to a very positive friend last week. dia sangat positif dengan kehidupan dia..walaupun diduga bertahun-tahun. satu je ayat dia yang buat aku terfikir, "saya dah redha dengan apa yang tuhan bagi dan tak bagi. tak sangka, lepas saya redha, tuhan terus bagi apa yang paling saya nak dalam dunia ni" :) *senyum*

mungkin aku yang perlu belajar untuk lebih redha dan sabar :)